Monday, 24 February 2020

Jangan Datang Saloma Bridge Tengah Malam!

Ya, benar! Jangan datang Saloma Bridge pada tengah malam.

Aku dah alaminya dan aku tak nak anda semua turut mengalaminya. Bukan sahaja ia akan merugikan tetapi turut menyeramkan.

Sumber: sevenpie.com

Saloma Bridge atau dalam bahasa kebangsaannya adalah Pintasan Saloma merupakan jejantas yang menghubungkan Lorong Raja Musa 3 dan Lorong Saloma merentasi Ampang-Kuala Lumpur Elevated Highway (AKLEH).

Reka bentuk dengan kos RM31 juta ini diinspirasikan daripada Sirih Junjung yang sinonim dengan adat perkahwinan bangsa Melayu.

Aku jangkakan bila datang pada hari bekerja, lebih tepat lagi pada hari Rabu jam 10 malam, tidak akan banyak orang. Jangkaan meleset kerana orang tetap banyak walaupun jam sudah menghampiri 12 tengah malam dan esok hari bekerja.

Banyaknya orang sama banyaknya dengan jumlah kubur yang terletak-letak betul-betul di sebelah Saloma Bridge tu.

Ya, tuan-tuan. Saloma Bridge yang berwarna-warni itu dibina di sebelah Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang.

Sumber: Google Maps

Tepat jam 12 tengah malam sewaktu aku asyik ber-posing mengambil gambar. Tup! Lampu Saloma Bridge yang berwarna-warni tu terpadam.

Aah, sudah!

Aku toleh kiri kanan atas bawah bagi memastikan orang disekeliling aku benar-benar orang.

Memang sah! Lampu Saloma Bridge akan ditutup tepat jam 12 tengah malam. Barangkali untuk menjimatkan elektrik dan mengelakkan orang masih berpeleseran dan membuang masa di situ.

Mungkin juga bagi menghormati Tanah Perkuburan Islam yang ada di sebelahnya.

Pendek cerita, anda berhati-hati dan beringat-ringatlah.

2 comments:

  1. SAYA DATANG SALOMA BRIDGE MALAM HARI ESOKNYA SAYA ISTERI DAN ANAK DEMAM PANAS SEMINGGU SERIK RASANYA. BARANGKALI KETEGURAN KUBUR BAWAH SALOMA BRIDGE TU

    ReplyDelete

Kalau berani, kau komen.