Biasa kalau nak isi borang permohonan kerja kerajaan, mesti ada maklumat kebolehan menaip dan trengkas. Sekarang aku bagi tau kau apa kejadahnya tu.
Kebolehan Menaip
Benda ni nak uji berapa laju jari jemari kau menaip. Kelajuan menaip ni diukur menggunakan skala perkataan seminit (p.s.m) atau dalam Bahasa Orang Putihnya, words per minute (w.p.m).
Cara nak uji kebolehan menaip, kau boleh set timer, dalam satu minit, berapa perkataan yang mampu kau taip. Atau lagi mudah, kau boleh ambil ujian online di website https://10fastfingers.com/typing-test/malaysian.
Kebolehan Trengkas
Trengkas merupakan cara atau kaedah menulis cepat dengan menggunakan simbol-simbol tertentu. Tidak pasti dari mana wujudnya perkataan trengkas ni. Orang kata trengkas bermaksud tulisan ringkas.
Ada beza trengkas dengan short form. Short form macam kita taip whatsapp semua perkataan nak dipendekkan. Contoh short form: For your information kepada FYI, as soon as possible kepada ASAP, kau orang kepada korang, mak kau hijau kepada MKH.
Berbeza pula dengan trengkas yang menggunakan sistem garisan dan simbol dalam kaedah penulisannya. Trengkas ni ada kaedah dan ilmunya yang tersendiri. Perlu hadir kursus/bengkel dan mendapatkan certificate untuk competent ilmu ini. Setakat hari ini, aku tidak jumpa ujian trengkas secara online.
Selamat maju jaya bakal pekerja gomen sekalian.
Salam, pastu trengkas ni makna kata kita kena pi ambik ujian dia la?? main tembak letak takleh la mcm tu? kat mana nk amek ujian ni? klau tak isi takpa dk?
ReplyDeleteSaya pn nak tanya soalan mengenai trengkas ini, tapi saya penah hantar borang jawatan kosong gomen dan saya kosongkan saja yang trengkas tu. Saja la nak habaq jugak hehehe
Deleteya tak boleh tembak. Ujian trengkas ni perlu diambil dengan mendengar audio dari radio dan kemudian kita perlu membuat tulisan rintas atau shorthand semasa mendengar rakaman audio berkenaan. Selepas masa yang diberikan untuk mencatat tamat, kita akan diberikan masa 7-11 minit untuk menaip apa yang diperdengarkan tadi. Lebih banyak tulisan yang berjaya ditaip lebih banyak speed yang kita dapat. Di uitm tak silap, 75 pwm manakala politeknik saya tak pasti hihi. Bagi calon yang pernah mengambil trengkas semasa pengajian Diploma Kesetiausahaan dari Politeknik boleh apply untuk pengecualian exam trengkas Pengambilan Nota/ Nota Rintas 50 p.s.m. (Bahasa Melayu) bagi gred N29 manakala Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat dari UiTM boleh mendapat pengecualian untuk Pengambilan Nota/ Nota Rintas 30 p.s.m. (Bahasa Melayu) bagi
DeletePembantu Setiausaha Pejabat Gred N19. Walaubagaimanapun, sukatan peperiksaan sentiasa berubah dari masa ke semasa. Jika ada sebarang pertanyaan, boleh tanya kat JPA. Sekian, dari ku yang REPEAT 4 kali Pengambilan Nota/ Nota Rintas 50 p.s.m. (Bahasa Melayu)
hi, saya nak tanya. kalau kebolehan menaip bertulis, mcm mana ya?
ReplyDeleteKalau menaip bertulis maksudnya rencana tulisan tangan. Biasanya kederasan menaip kurang sedikit dari rencana bercetak.
DeleteMcm mna nk tahu yang kita pernah menaip dan trengkas..
ReplyDeleteBiasanya kalau trengkas ni, seseorang tu pernah mengambil kelas trengkas,
ReplyDeleteDi mana ada Kelas atau kursus menaip dan trengkas untuk lepas an spm
ReplyDeletesalam apa beza kebolehan menaip bertulis dengan bercetak??
ReplyDeletebertulis maksudnya guna tangan..bercetak maksudnya taip kat keyboard
Deletehai, nak tnya kalau mcm saya pernah mengambil ujian trengkas masa politeknik dulu diploma sains kesetiausahaan so kalau skrang ni boleh ambil pengecualian ke dan dlm borang tu dia mintak kebolehakan trengkas tapi saya tak ingat dah lama sngat dah ambil ujian tu perlu ulang balik ke utk tau psm
ReplyDeleteKalau bahagian itu sepatutnya nk diisi macam mana..? Ada atau tiada ke atau tanda right atau pangkah ke atau macam mana..?
ReplyDeleteBlh sy taw kalau nk lulus ujian bertulis dan trengkas agaknya berapa ye
ReplyDeletehi , biasanya kalau bertulis orang akan letak berapa psm paling minimum ?
ReplyDelete