Friday, 17 March 2017

Soalan Perangkap Isteri

Image result for di kedai mamak

Di sebuah kedai makan, setelah menempah makanan. Si isteri mengambil kesempatan menskrol-skrol Instagram. Si suami hanya tenang memerhati gelagat si isteri dan sekeliling.

Isteri : Perempuan A ni cantik tak?

Suami : Boleh la. (Menjawab sambil lewa).

Si isteri skrol lagi.

Isteri : Yang B ni cantik?

Suami : Okeylah. (Menjawab sambil lewa).

Isteri : Kalau yang B ni dengan yang A tadi, mana lagi cantik?

Suami : Yang A kot. (Menjawab sambil lewa).

Isteri : Kalau saya dengan yang B ni siapa lagi cantik.

Suami : Lebih kurang jela. Dua-dua perempuan. Perempuan semua cantik je. Hati je lain-lain.

Isteri : Jadi saya tak cantik macam A la?

Si suami terkedu dan hilang kewarasan sesaat.

*Sila bincangkan di manakah perangkap dan kesilapannya?


1 comment:

  1. dah tadi ckp A paling lawa.. pastu isteri dan B tahap lawa sama. Jadi isteri kurang lawa la dr A. patutnya kena cakap isteri lg lawa dari B dan lg lawa dr A

    ReplyDelete

Kalau berani, kau komen.