Showing posts with label Soalan. Show all posts
Showing posts with label Soalan. Show all posts

Friday, 17 March 2017

Soalan Perangkap Isteri

Image result for di kedai mamak

Di sebuah kedai makan, setelah menempah makanan. Si isteri mengambil kesempatan menskrol-skrol Instagram. Si suami hanya tenang memerhati gelagat si isteri dan sekeliling.

Isteri : Perempuan A ni cantik tak?

Suami : Boleh la. (Menjawab sambil lewa).

Si isteri skrol lagi.

Isteri : Yang B ni cantik?

Suami : Okeylah. (Menjawab sambil lewa).

Isteri : Kalau yang B ni dengan yang A tadi, mana lagi cantik?

Suami : Yang A kot. (Menjawab sambil lewa).

Isteri : Kalau saya dengan yang B ni siapa lagi cantik.

Suami : Lebih kurang jela. Dua-dua perempuan. Perempuan semua cantik je. Hati je lain-lain.

Isteri : Jadi saya tak cantik macam A la?

Si suami terkedu dan hilang kewarasan sesaat.

*Sila bincangkan di manakah perangkap dan kesilapannya?