Surat jemputan di hantar melalui email |
Jam 8 pagi, pendaftaran dibuka. Selesai pendaftaran semua calon, pintu dewan dibuka untuk calon mengambil tempat duduk. Ujian bermula lebih kurang jam 9 pagi dan tamat jam 11 pagi (2 jam). Ujian bertulis ini dibahagikan seperti berikut:
1. Pengetahuan Am - Objektif 30 Soalan (30 minit)
Aku jangkakan ada soalan cliche berkaitan UKM, macam siapa nama Naib Canselor, tahun bila ditubuhkan etc. Malangnya jangkaan tersebut meleset. TIADA LANGSUNG soalan berkaitan UKM tetapi, lebih banyak soalan berkaitan perlembagaan dan sejarah Malaysia. Daripada 30 soalan tersebut, pecahan soalan lebih kurang begini:
(a) Pengetahuan Am - 50%
Contoh soalan:
Apa isi kandungan Perlembagaan Malaysia?
Dr. Sheikh Muszaphar Shukor mendarat di negara mana sewaktu kembali ke bumi?
Apa tindakan yang berintegriti?
(b) Soalan Bahasa Inggeris - 25%
Contoh soalan:
Berkenaan grammar.
Pilih perkataan sesuai.
Ujian untuk menguji kita faham teks Bahasa Inggeris atau tak.
(c) Soalan Matematik - 25%
Part ni aku kira ada 8 soalan. Soalan matematik nampak mudah, tetapi disebabkan tidak dibenarkan menggunakan kalkulator, sedikit sukar dan memakan masa bila nak buat kiraan.
2. Esei Bahasa Melayu (45 minit)
Calon hanya perlu pilih dan menjawab satu soalan sahaja daripada dua soalan yang diberikan. Untuk kes aku soalan ujian lebih kurang seperti berikut:
(a) Apakah cara anda membuktikan yang anda berbangga menjadi rakyat Malaysia?
(b) Kerajaan telah menjalankan kempen integriti, namun masih terdapat salah laku yang dibuat oleh Penjawat Awam. Apa pandangan anda?
3. Esesi Bahasa Inggeris (45 minit)
Sama macam esei Bahasa Melayu, pilih satu soalan daripada dua soalan yang diberikan. Untuk kes aku, soalan ujian lebih kurang seperti berikut:
(a) You as a President of Outdoor Committee, write a report to the Director regarding your experience of climbing the Mount Kinabalu.
(b) You as a resident write a complain letter to the developer.
Setakat itu sahaja perkongsian aku. Diharap bermanfaat.
saya pun attend exam ni juga... moga ada rezeki untuk next step ya ...
ReplyDeleteInshaAllah. Mudah-mudahan. Betul ke maklumat yang saya bagi ni?
Deleteaah betol..hihi.. result nye tak kluar lg kn?
DeleteSetakat ni takde berita lagi.
DeleteHello result untuk exam ni dah keluar ke? ada sesiapa tahu?
ReplyDeletesaya hadir exam ini tapi sampai sekarang tiada berita.....
ReplyDeleteresult dah keluar atau belum sebenarnya.....
setahu saya masih belom ada keputusan.. tapi kalau nak diikutkan selepas 60 hari dah boleh move on la kan?
ReplyDeleteKalau berani, kau komen.
ReplyDeleteAku pun pergi tapi no news haha.
dah keluar ke result ni gais?
ReplyDeleteRasanya dah boleh move on kot. Hehehe.
ReplyDeleteHi. Tumpang tanya, dia ada suruh jawab soalan kehadiran kan. Adakah attachment ada terkandung isi surat atau kita kena karang sendiri pengesahan kehadiran tu?
ReplyDeleteSy pun dpat. Tapi tiada attachment apa2. Awk buat mcam mana ya
DeleteSy pun dpat. Tapi tiada attachment apa2. Awk buat mcam mana ya
DeleteSaya pun dapat emel. Tapi tiada attachment apa2. Macam mana ya?
Deletesama saya pun dapat emel..tapi tiada attachment apa2..macam mana ya? mungkinkah akan ada emel akan masuk nanti untuk pengesahan dan detail ujian?
DeleteMimi..untuk jawatan apa ye? Pembantu tadbir atau yang lain?
DeleteNormally after ujian, next step dia iv ke? Berapa lama eh biasanya proses tu?
ReplyDelete