Sempena musim durian yang menjelma, aku nak kongsi dekat korang tempat makan durian yang best di Petaling Jaya (PJ), Selangor. Dekat PJ ni biasanya orang akan pergi ke SS2 untuk cari durian sebab dekat kawasan ni memang banyak gerai durian yang best-best dan murah-murah. Terutamanya, bila musim durian memang dorang akan jual dengan harga yang berbaloi-baloi.
Gerai SS2 3333 Durian King
Selain itu, dorang juga ada buat makan durian secara buffet dengan harga serendah RM10. Namun, harganya bergantung kepada stok dan musim durianlah.
Jangan risau, kalau korang takde masa nak pergi waktu siang, korang boleh ke sini pada waktu malam sebab kebanyakkan gerai dibuka sehingga lewat malam untuk memuaskan nafsu korang tu.
Durian Gua Musang RM58/kg
Durian Musang King Gred AAA RM38/kg
Bila sampai musimnya, memang banyak pilihan durian yang korang boleh dapatkan seperti durian kampung, XO, Udang Merah dan semestinya Musang King.
Aku berkesempatan singgah ke gerai 3333 SS2 Durian King. Malangnya masa aku pergi, takde durian buffet dan hanya ada durian-durian berjenama. Jadi, aku ambil keputusan untuk makan durian Musang King Gred A dengan harga RM25/kg.
3kg Musang King sebelum dikekah
3kg Musang King aku kekah pada jam 12.00 tengah malam. Mujur ada jual air kelapa untuk menyejukkan badan dan supaya aku tak MC keesokkan hari.
Tonton video ni sampai habis kalau nak tengok aku makan durian di PJ.
No comments:
Post a Comment
Kalau berani, kau komen.