Berbeza kalau pilih kategori harga RM88, aku diberi pilihan tambahan untuk makan Musang King dan Udang Merah. Dan sudah semestinya aku pilih yang harga RM88 ni sebab ada orang belanja.
Sebagai lelaki sejati, aku dah biasa kopek buah durian sendiri kalau nak makan. Jadi, sedikit kekok apabila dipaksa makan durian di dalam pinggan sebab urusetia dah siap-siap kopekkan durian dan hidang. Aku hanya perlu beratur dan ambil sahaja durian yang aku nak.
Kekok makan durian dalam pinggan |
Setengah jam pertama, aku memang ambil durian mengikut nafsu serakah dan saka di dalam badan. Lepas masuk sejam makan durian tanpa henti, aku dah mula muak. Lebih-lebih lagi bila makan durian Musang King yang fresh dengan isinya yang gebu-gebu.
Tetapi, bagi memastikan harga RM88 yang dibayar berbaloi. Aku teruskan makan juga sehingga program selesai. Memang puas hatilah makan durian kali ni sebab aku dapat bantai Musang King dari mula sampai habis program.
Harap Tropicana dapat buat lagi program macam ni dan belanja aku makan lagi. #donekipas
No comments:
Post a Comment
Kalau berani, kau komen.