Friday, 30 August 2019

FIFA19 2V2 Tournament: Top 32 In Selangor


Baru-baru ini aku sertai pertandingan FIFA19 2V2 anjuran Kelab eSport Bola Sepak Selangor di Shah Alam. Nampaknya seperti kelab ini baharu ditubuhkan kerana ada majlis perasmian semasa pertandingan berlangsung. Raja Muda Selangor (RMS) sendiri turun padang untuk upacara perasmian.


Mengikut sejarah, ini kali kedua aku menyertai pertandingan FIFA 2V2. Kali pertama aku dan @hafiz0thman tewas di peringkat kumpulan. Kali ini kami membawa harapan untuk sekurang-kurangnya melepasi peringkat kumpulan.

Rezeki kami apabila berjaya melepasi peringkat kumpulan dengan jayanya. Kami menang ketiga-tiga perlawanan peringkat kumpulan dan layak ke 'Round of 62' di sebelah petang. Duduk sahaja di sebelah pihak lawan, "Abang ni yang menang semua perlawanan tadi kan?" Fuh, kembang semangkuk punggung kami.

Kami menghantar mereka pulang dengan keputusan perlawanan pertama 0-0 dan perlawanan kedua 2-0 memihak kami. Sekaligus kami layak ke 'Round of 32'.

Kini kami merupakan antara 32 pasukan terbaik di Selangor (masuk bakul angkat sendiri). Pertandingan bersambung keesokan harinya.


Seawal 9 pagi perlawanan bermula, kami tidak memberi harapan tinggi untuk melepasi peringkat ini. Lebih-lebih lagi selepas melihat pasukan lawan mengubah setting taktikal persis pasukan profesional. Sedikit sebanyak telah meruntuhkan sedikit motivasi kami.

Pihak lawan berjaya memperoleh gol awal. Namun seperti nama pasukan, kami melawan terus melawan. Sepakan penalti pun berjaya kami tepis. Akhirnya berjaya menyamakan kedudukan 1-1.

Pihak lawan sudah goyang. Tetapi, mereka masih berjaya mengayam-ayamkan kami dan keputusan perlawanan pertama tamat memihak pasukan lawan dengan jaringan 4-1.

Perlawanan kedua masih ada lagi. Kami perlu mencari 3 gol untuk menyamakan kedudukan. Namun, sayang seribu kali sayang apabila kami turut di belasah tanpa belas kasihan dengan jaringan yang sama 4-1. Jaringan tunggal kami hasil sepakan freekick oleh @hafiz0thman yang tiba-tiba 'power' mengambil freekick.

Kami tidak kecewa kerana walaupun kalah, kami tetap MELAWAN. Jumpa lagi di next tournament.

No comments:

Post a Comment

Kalau berani, kau komen.