1. Beli insuran kereta Thailand
Nanti dekat tepi-tepi jalan Changlun - Bukti Kayu Hitam, banyak kedai insuran yang menayangkan 'signboard' besar-besar tertulis "INSURAN THAILAND". Anda pilih sahaja kedai mana yang berkenan di hati. Pastikan anda menyediakan dokumen berikut:
(a) Passport asal setiap penumpang di dalam kereta
(b) Geran kenderaan asal/salinan
(c) Surat kebenaran sekiranya anda gunakan kereta atas nama orang lain
Sumber: OhBulan |
(a) Insuran kereta Thailand : RM15-RM20
(b) Borang senarai penumpang (TM Form): RM15-RM20)
Boleh juga beli Borang putih (Departure card) : Sekeping RM1.50-RM2 di kedai insuran atau boleh dapatkan secara percuma semasa di Imigresen Thailand.
2. Isi minyak kereta penuh sebelum melepasi sempadan
Aku cadangkan isi di Petronas Changlun. Kira-kira 10km menghala ke sempadan dan ini merupakan stesen minyak terakhir sebelum sampai sempadan.
Sumber: Google Maps |
3. Beli sim kad Thailand
Sim kad ni penting untuk anda gunakan Waze/Google Maps selepas memasuki Thailand nanti. Ia penting bagi menggelakkan anda sesat sekaligus membazir masa dan minyak kereta. Perlu diingat, minyak kereta di Thailand biasanya lebih mahal.
Berikut cadangan lokasi untuk anda dapatkan sim kad:
(a) Beli di Malaysia iaitu sebelum masuk sempadan. Atau lebih tepat beli di kedai telefon atau kedai insuran Thailand.
(b) Beli di Thailand iaitu selepas masuk sempadan. Berhenti je di mana-mana kedai telefon di kawasan Sadao untuk beli sim kad.
4. Melalui Imigresen Malaysia
Semasa di sempadan, anda akan melepasi imigresen Malaysia dulu. Konsep pemeriksaan imigresen Malaysia, anda hanya perlu 'drive thru' sahaja seperti anda melepasi tol lebuh raya yang banyak di Malaysia. Anda tidak perlu keluar daripada kereta.
Sumber: Places And Foods |
Buka semua tingkap supaya pegawai boleh tengok penumpang di dalam kenderaan. Hulur semua passport asal (pemandu dan penumpang) daripada tingkap kenderaan anda ke tingkap kaunter. Pegawai akan scan dan pulang semula passport anda.
5. Melalui Imigresen Thailand
Pastikan anda berada di lorong kenderaan yang betul. Sampai sahaja di kaunter imigresen Thailand, semua orang perlu turun daripada kenderaan dengan membawa passport dan Borang Putih masing-masing.
Sumber: Places And Foods |
Setiap seorang perlu serahkan passport dan Borang Putih kepada Pegawai Imigresen sambil menghalakan muka di depan kamera yang ada di kaunter tersebut. Pemandu/Pemilik kereta perlu bagi sekali Borang senarai penumpang (TM Form) yang dah beli tadi.
Pegawai Imigresen Thailand biasanya akan minta duit kopi. Seorang dalam RM2 atau TBH10. Pastikan duit Thailand dah tukar siap-siap sebelum masuk Thailand.
6. Aktifkan Waze/ Google Maps
Selepas melepasi imigresen terus je aktifkan sim kad Thailand dan buka Waze/Google Maps untuk menuju ke destinasi anda di Thailand.
7. Pulang ke Malaysia
Semasa keluar daripada Thailand untuk pulang ke Malaysia, proses di imigresen lebih kurang sama macam masuk tadi. Jika anda keluar waktu malam, sediakan duit siap-siap untuk bayar 'Overtime Fee) ke Pegawai Imigresen Thailand nanti.
No comments:
Post a Comment
Kalau berani, kau komen.