Showing posts with label Bola sepak. Show all posts
Showing posts with label Bola sepak. Show all posts

Friday, 30 August 2019

FIFA19 2V2 Tournament: Top 32 In Selangor


Baru-baru ini aku sertai pertandingan FIFA19 2V2 anjuran Kelab eSport Bola Sepak Selangor di Shah Alam. Nampaknya seperti kelab ini baharu ditubuhkan kerana ada majlis perasmian semasa pertandingan berlangsung. Raja Muda Selangor (RMS) sendiri turun padang untuk upacara perasmian.


Mengikut sejarah, ini kali kedua aku menyertai pertandingan FIFA 2V2. Kali pertama aku dan @hafiz0thman tewas di peringkat kumpulan. Kali ini kami membawa harapan untuk sekurang-kurangnya melepasi peringkat kumpulan.

Rezeki kami apabila berjaya melepasi peringkat kumpulan dengan jayanya. Kami menang ketiga-tiga perlawanan peringkat kumpulan dan layak ke 'Round of 62' di sebelah petang. Duduk sahaja di sebelah pihak lawan, "Abang ni yang menang semua perlawanan tadi kan?" Fuh, kembang semangkuk punggung kami.

Kami menghantar mereka pulang dengan keputusan perlawanan pertama 0-0 dan perlawanan kedua 2-0 memihak kami. Sekaligus kami layak ke 'Round of 32'.

Kini kami merupakan antara 32 pasukan terbaik di Selangor (masuk bakul angkat sendiri). Pertandingan bersambung keesokan harinya.


Seawal 9 pagi perlawanan bermula, kami tidak memberi harapan tinggi untuk melepasi peringkat ini. Lebih-lebih lagi selepas melihat pasukan lawan mengubah setting taktikal persis pasukan profesional. Sedikit sebanyak telah meruntuhkan sedikit motivasi kami.

Pihak lawan berjaya memperoleh gol awal. Namun seperti nama pasukan, kami melawan terus melawan. Sepakan penalti pun berjaya kami tepis. Akhirnya berjaya menyamakan kedudukan 1-1.

Pihak lawan sudah goyang. Tetapi, mereka masih berjaya mengayam-ayamkan kami dan keputusan perlawanan pertama tamat memihak pasukan lawan dengan jaringan 4-1.

Perlawanan kedua masih ada lagi. Kami perlu mencari 3 gol untuk menyamakan kedudukan. Namun, sayang seribu kali sayang apabila kami turut di belasah tanpa belas kasihan dengan jaringan yang sama 4-1. Jaringan tunggal kami hasil sepakan freekick oleh @hafiz0thman yang tiba-tiba 'power' mengambil freekick.

Kami tidak kecewa kerana walaupun kalah, kami tetap MELAWAN. Jumpa lagi di next tournament.

Tuesday, 6 December 2016

Tiada Lagi Cerita Bola Basi



Kalau kau perasan, aku ada menulis tentang match experience saat menonton perlawanan membabitkan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) di blog ini. Tulisan ini lebih kepada pengalaman peribadi aku saat menonton setiap perlawanan yang berlangsung. Turut terselit senario dan kontroversi yang berlaku dalam kancah bola sepak Malaysia.

Aku cuba menulis genre match experience ni sebab jarang orang menulis tentang apa sebenarnya yang berlaku di dalam stadium, pengalaman cari live streaming sebab tiada siaran langsung di televisyen, perasaan saat pasukan tewas dan banyak lagi momen yang hanya orang mengalaminya sendiri sahaja yang tahu cerita sebenar.

Sepanjang musim 2016, sebanyak 47 perlawanan di tempuh JDT maka, sebanyak 47 cerita berjaya dihasilkan. Beberapa cerita sudah aku kongsikan di dalam blog ini. Koleksi penuh 47 cerita tersebut kemungkinan besar akan dibukukan dan dipasarkan tahun hadapan. Kau doalah ada penerbit power yang berminat nak terbitkan cerita aku tu.

Seiring dengan itu, aku terajinkan diri untuk wujudkan satu blog khas berkaitan tulisan dengan genre match experience ni. Maka, tiada lagi cerita pasal bola dalam blog hidup segan mati tak mahu aku ni. Kalau berminat nak baca cerita pasal sukan, kau belek-beleklah http://arenabasi.blogspot.my/.

Setakat hari ini, hiasan blog tu tak semenggah lagilah.

Thursday, 21 July 2016

Rumah Terbuka Asbab Ketenangan

Penyokong Kedah dijemput ke rumah terbuka BOS sebelum perlawanan berlangsung. Mi sup dengan sambal kicap menjadi santapan diluar kebiasaan orang Kedah. Sambil menyelam minum air, sambil tengok bola dapat makan free. Rasanya belum ada lagi mana-mana stadium di seluruh pelusuk dunia yang menyediakan makanan free semasa hari perlawanan. Bagaikan permulaan yang baik buat Kedah apabila dijamu sedemikian.

Dua tiga hari ini heboh berkenaan berita persaraan pemain JDT dari pasukan kebangsaan. Selepas Aidil dan Safiq mengumumkan persaraan mereka, kini giliran Kunanlan dan Yol pula mengambil keputusan sama dengan alasan yang lebih kurang sama iaitu memberi peluang kepada pemain muda beraksi dengan pasukan kebangsaan.

Sementara itu, jendela perpindahan di pertengahan musim 2016 berkesudahan, Azrif berjaya mendaftar sebagai ahli baharu keluarga JDT. Selepas, kontroversi yang tercetus di awal musim.

Separuh masa pertama berkesudahan barisan pemain Kedah gagal menghalang dua jaringan Safiq. Mi sup dan sambal kicap yang dimakan tadi mungkin mula membentuk zat yang mampu memberi ketenangan kepada mereka.

Minit ke-66, Marcos pula jaringkan gol ketiga. Kedah masih buntu menemui jaringan.

Ingatkan malam ini dapat melihat kelibat Azrif membuat debut pertamanya bersama JDT. Namun, selepas pertukaran terakhir menggantikan Hariss dengan Yol. Seeloknya Azrif tanggalkan sahaja but yang dipakai.

Seterusnya, Diaz menambah derita Kedah apabila menjaringkan dua gol di minit ke 80 dan 85.

Semoga jamuan rumah terbuka yang dihadiri penyokong Kedah petang tadi dapat menjadi asbab untuk mereka pulang dengan ketenangan walaupun pahit untuk ditelan.

Liga Super 2016
Perlawanan Ke-13
Stadium Tan Sri Dato' Hj Hassan Yunos, Larkin, Johor
16 Julai 2016

JDT [5] - [0] Kedah

Friday, 15 July 2016

Ulangan Final Piala FA 2016 Yang Merugikan

Hari ini bermulalah aksi pertama JDT setelah sebulan lebih lamanya Liga Malaysia berehat. Menentang PKNS bagi saingan pertama Piala Malaysia, bagaikan menyaksikan kembali final Piala FA 2016.

Mario Gomez lari dari kebiasaan first eleven-nya pada malam ini. Safiq ditugaskan untuk duduk di bangku simpanan pada malam ini apabila Yol lebih menjadi pilihan untuk diturunkan. Mungkin selepas beliau agak cemerlang bersama skuad kebangsaan tempoh hari. Agak mengejutkan apabila Safee diturunkan dan ditugaskan sebagai captain. Ini memang rare!

Lebih mengejutkan lagi, di sebelah petang tadi Safiq dan Aidil telah mengumumkan persaraan mereka dari skuad kebangsaan di usia 29 tahun. Sementara itu, Safee masih lagi tenang mengetuai barisan JDT pada malam ini.

Diaz gagal sempurnakan one on one dengan keeper PKNS. Aksi beliau agak tidak memberangsangkan pada malam ini. Safee juga banyak sia-siakan peluang terhidang. Adakah ini akibat memakan lemang dan biskut semperit? Keeper kedua PKNS yang diturunkan pada malam ini beraksi cemerlang apabila banyak menyelamatkan percubaan JDT. Tidak dilupakan juga Farizal yang turut cemerlang menyelamatkan gawang JDT daripada dirobek striker PKNS yang namanya seakan-akan makanan tempatan iaitu Soto.

Penantian berakhir apabila Safee menunjukkan fungsinya sebagai captain dengan menjaringkan gol pendahuluan 3 minit selepas mula separuh masa kedua. 5 minit selepas itu, Safee dikeluarkan untuk memberi laluan kepada Lucero. Maka, tamatlah tugas Safee si captain pada malam ini. 5 minit seterusnya, pengganti Safee pula menjaringkan gol kedua JDT. Begitulah magis bakal lagenda bernama Safee.

Kini giliran Si Jambang, Gary pula dikeluarkan dan digantikan Hariss. Safiq masuk menggantikan Diaz di minit ke-73. Minit ke-84 beliau dengan tidak sengaja memberi peluang kepada PKNS untuk menjaringkan gol. Kedudukan menjadi 2-1.

Benarlah kata orang, malang tidak berbau. Kali ini Yol pula handball dalam kotak penalti. Penalti mudah dijaringkan.

Ketenangan mendahului 2-0 tadi bertukar kerugian kepada JDT dalam sekelip mata sahaja.

Piala Malaysia
Perlawananan pertama, Peringkat kumpulan.
Stadium Tan Sri Dato' Hj Hassan Yunos, Larkin, Johor.
13 Julai 2016

JDT [2] - [2] PKNS FC

Sunday, 29 May 2016

Kaya Raya Dengan Gol

Berdasarkan rekod perlawanan 5 tahun terakhir, Malaysia seperti mengalami badi seri apabila menentang pasukan kebangsaan mahupun kelab dari Filipina. Walaubagimanapun semenjak revolusi pasukan Johor, ini adalah kali pertama JDT menentang pasukan dari Filipina dan kali pertama mengenali Kaya FC.

Safiq masih mengalami kecederaan dan tidak dapat diturunkan pada malam ini. Maka, Amirulhadi diberi kepercayaan menggantikan tempat Safiq, bergandingan dengan Hariss.

Hujan lebat melanda Johor Bahru sebelum perlawanan berlangsung menyebabkan padang Stadium Larkin becak teruk. Pertama kali melihat keadaan padang di Larkin seteruk ini. Keadaan ini juga sedikit sebanyak mengganggu corak permainan JDT yang banyak bermain hantaran pendek. Banyak hantaran tersasar dan berjaya dipintas pemain lawan kerana tersekat di lopak-lopak air.

Namun, permainan masih dikuasai JDT. Di minit ke-14, Lucero berjaya score dengan membuat freekick lencong yang menarik. Beberapa minit selepas itu, Diaz dijatuhkan di dalam kotak penalti. Beliau dengan mudah menjaringkan penalti tersebut di minit ke-23. Mungkin gelaran ‘King of Penalty’ sesuai diberikan kepada Diaz.

JDT terus mengasak. Minit ke-32, Izham memulakan counter attack dengan membuat hantaran jauh kepada Diaz di sebelah kiri. Diaz membawa bola ketengah kotak penalti dan berjaya menewaskan seorang pertahanan lawan. Peluang diberikan kepada Alex untuk menolak masuk bola bagi menjaringkan gol ketiga JDT.

Hujan renyai mula turun semula membasahi Larkin. Para penyokong di stadium mula mencari-cari dan memakai baju hujan.

Anak jati Pahang sekali lagi menunjukkan kehebatan beliau apabila menjaringkan gol power di minit ke-39. Meninggalkan Kaya FC dengan jaringa 4-0 di separuh masa pertama.

Rasanya di minit ke-48, pertama kali Kaya FC membuat percubaan ke arah gawang gol JDT. Kaya FC mula menemui keyakinan di separuh masa kedua apabila sering mengasak kubu JDT. Akhirnya di minit ke-53, JDT bolos buat kali pertama. Namun, serangan pantas dilakukan JDT telah menghasilkan gol beberapa saat selepas pihak lawan meraikan jaringan tadi. Lucero menyumbat jaringan tersebut.

Tenaga baru, Mahali dimasukkan menggantikan Amri di minit ke-57. Chanturu pula dimasukkan menggantikan Alex di minit ke-60. Melenyapkan harapan beliau untuk hatrik. Seterusnya menjadikan Lucero sebagai calon tunggal untuk hatrik pada malam ini.

Minit-68, Diaz membuat hantaran ke tengah kotak penalti. Hantaran tersebut seperti di tuju kepada Lucero untuk menjaringkan hatrik. Namun, Mahali pantas menyambar untuk membuat jaringan. Menangguhkan hatrik Lucero.

Tidak lama selepas itu, Lucero berjaya juga menjaringkan hatrik di minit ke-70. Melunaskan impiannya yang tertangguh semenjak perlawanan 5 hari lepas menentang Pahang. Amri di bangku simpanan menunjukkan isyarat 10 dengan kedua-dua tangannya. Seperti memberi galakkan kepada rakan-rakannya di dalam padang supaya menggenapkan jaringan menjadi 10 gol.

Walaupun, seudah mendahului 7-1, Mario Gomez masih membawa masuk Safee menggantikan Amirulhadi di minit ke-80. Mungkin sekali lagi memberi beliau peluang menjaringkan hatrik. Jika benarlah, murni sungguh niat Mario Gomez tersebut.

Kaya FC tidak mudah berputus asa apabila berjaya menjaringkan gol saguhati kedua di minit ke-88. Mungkin mahu menyerlahkan kelemahan barisan pertahanan JDT.

Derita Kaya FC tamat dengan jaringan 7-2. Padang becak dan ketiadaan Safiq Copot tidak menghalang JDT membaham Kaya FC dengan rakus.

Piala AFC 2016
Pusingan Kalah Mati
Stadium Tan Sri Dato' Hj Hassan Yunos, Larkin, Johor
25 Mei 2016


JDT [7] – [2] Kaya FC

Sunday, 22 May 2016

Sokonglah Walaupun Dirogol

Perlawanan ke-12 dilangsungkan, sebelum liga berehat panjang bagi menempuh aksi antarabangsa dan bulan Ramadhan. Bagi perlawanan kali ini, kesemua pasukan akan menentang kembali lawan mereka semasa di perlawanan ke-11. Bermakna, JDT akan menentang Pahang di Kuantan.

Tidak pasti kenapa Safiq tidak disenaraikan dalam barisan pemain kali ini. Mungkin akibat kecederaan kerana beliau turut tidak tersenarai sebagai pemain simpanan. Amirul Hadi dan Gary dipertaruhkan untuk membimbing barisan tengah.

Penyokong setia hitam putih yang hadir ke stadium pada musim ini tidak semeriah musim lalu. Begitulah semangat penyokong yang menerima Anugerah Kelab Penyokong Terbaik di musim 2015. Situasi yang berlaku ini sebenarnya biasa dalam Liga Bola Sepak Malaysia. Rata-rata hanya menyokong saat pasukan menang tetapi, tidak menyokong saat pasukan kalah. Situasi seperti ini pernah dialami hampir kepada semua pasukan di Malaysia, termasuklah wakil dari Johor. Siapa yang menyokong Johor FA, Johor FC dan MP Muar saat mereka berhempas pulas berjuang dahulu? Jadi, tidak mustahil untuk JDT menerima nasib yang sama jika prestasi pasukan tidak seperti yang diharapkan.

Seawal minit ke-6, Lucero mudah menjaringkan gol melalui tandukan free header hasil hantaran baik dari Mahali. Diaz pula menambah jaringan di minit ke-29. Seterusnya Marcos jaringkan gol ketiga di minit ke-31, sekali lagi hasil hantaran Mahali. Prestasi Mahali terbukti baik malam ini apabila berjaya assist dua gol.

Pahang ni bukannya tak power. Mereka mampu je menguasai bola, buat serangan dan cubaan merbahaya. Tetapi, masalah utamanya di barisan pertahanan yang mudah leka.

Tumpuan juga diberikan kepada perlawanan Felda United menentang Pulau Pinang. Setakat separuh masa pertama, keputusan seri 1-1. Jika keputusan terus kekal, JDT berpeluang berada di persada liga sebelum liga berhenti rehat.

Separuh masa kedua berlangsung, Lucero jaringkan gol keempat di minit ke-47. Membuka peluang untuk dirinya hatrik malam ini. Minit ke-54, Diaz mudah chip bola melepasi goalkeeper Pahang untuk jaringkan gol kedua peribadinya. Menjadikan dua orang calon untuk hatrik malam ini.

Penyokong setia hitam putih seperti terdiam. Cuba menerima kenyataan dirogol di halaman sendiri. Kenyataan yang amat pedih untuk ditelan.

Akhirnya, Diaz menjaringkan hatrik di minit ke-76, menyempurnakan tandukan yang dibuat Lucero. Sejurus Diaz menjaringkan hatrik, beliau dikeluarkan dan digantikan Safee. Mungkin untuk memberi Safee peluang menjaringkan hatrik juga. Eh?

Penyokong setia hitam putih mula beredar meninggalkan kawasan tragedi. Pemain sayap Pahang, D. Saarvindran satu-satunya pemain Pahang yang nampak bertenaga dan bersungguh-sungguh mencuba merobek gawang JDT. Matthew Davies turut layak dipuji apabila berjaya mengawal dan menenggelamkan kewujudan Amri.

Perlawanan tamat dengan jaringan 6-0. Lucero nampak kecewa apabila tidak berjaya hatrik malam ini. Namun, pemain yang dipersoal kemampuannya di awal musim ini, kini merupakan penjaring terbanyak liga. Berkongsi kedudukan dengan Forkey Doe, penyerang Felda United, masing-masing sudah menjaringkan 10 gol.

Felda United dan Pulau Pinang berkesudahan seri 2-2. Bermakna JDT menghuni tangga teratas liga. Memberi peluang kepada penyokong untuk merasa gayat sehingga sebulan lebih lamanya. 

Tidak dilupa kepada pasukan JDTII yang dipersoal prestasi mereka di awal musim. Kini menghuni tangga ketiga Liga Perdana, tidak mahu tercicir merebut kejuaraan liga dan slot ke Liga Super.

Kesudahan pusingan pertama yang baik bagi keluarga JDT. Diharapkan juga penyokong JDT terus kekal menyokong tidak kira pasukan menang atau kalah.

Liga Super 2016
Perlawanan Ke-12
Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang
21 Mei 2016

Pahang [0] – [6] JDT

Wednesday, 18 May 2016

Gajah Yang Hilang

Kalau musim 2015, Pahang merupakan antara pencabar utama Liga Bola Sepak Malaysia, musim ini Pahang berubah 360 darjah. Sehingga tamat pusingan pertama liga, Pahang hanya menang 2 perlawanan dan banyak menghabiskan masa bergelut di zon penyingkiran. Kemenangan pertama di Liga Super hanya hadir selepas perlawanan ke-7 menentang Perak.

Mengikut rekod pertemuan antara Pahang dan JDT sejak 2013, daripada 12 perlawanan Pahang menang sebanyak 6 kali, JDT hanya menang sebanyak 3 kali dan selebihnya berkesudahan seri. Siapa boleh lupa, perlawanan sengit final Piala Malaysia 2014 dan kegagalan Mat Yo menyempurnakan penalti, seterusnya menobatkan Pahang sebagai juara. Musim 2015, JDT terus dimalukan Pahang apabila tewas seawal pusingan pertama Piala FA menentang si Gajah.

Pertembungan kedua-dua pasukan ini sentiasa disulami dengan pelbagai kontroversi. Tifo anjing, claim anak jati sampai tak sudah dan yang paling terbaharu, menconteng bas pasukan lawan. Perkara ini sahaja sudah menunjukkan bertapa para penyokong saling menganggap masing-masing sebagai seteru utama.

Malam ini, merupakan pertembungan pertama JDT dan Pahang di musim 2016. Pahang hari ini dengan status sebuah kelab berwajah serba baharu. Logo baharu, jurulatih baharu dan player muda yang serba serbi baharu. Berbeza dengan JDT, sekadar menampilkan pemain yang majoritinya muka lama, jurulatih lama dan hanyalah sebuah kelab kecil tetapi, mempunyai cita-cita yang besar.

Mario Gomez seperti sengaja menurunkan anak jati Pahang di kesebelasan utama JDT pada malam ini. Selain itu, Fazly yang tidak dapat beraksi di final tempoh hari, ditugaskan beraksi malam ini. Safiq tidak diturunkan, maka tugas kapten disandang Aidil.

Pahang punya power, minit ke-54 baru JDT dapat menembus gawang Pahang.

Minit ke-62, JDT mendapat penalti dan dijaringkan Lucero. Menambah kebencian haters dengan mengelar JDT sebagai ‘King of Penalty’.

Sejurus selepas itu di minit ke-64, Lucero sekali lagi berjaya menjaringkan gol. Kali ini bukan sebab penalti.

Kedudukan 3-0 kekal sehingga tamat perlawanan, memburukkan lagi keadaan Pahang yang sudah sedia buruk. Transformasi pasukan di awal musim merubah Pahang menjadi sebuah pasukan belasahan. Faktor ini dikuatkan lagi dengan penghijrahan jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hassan dan beberapa orang pemain utama ke pasukan baharu meninggalkan pasukan Pahang terkontang-kanting di musim 2016.

Pahang yang dahulu, bukanlah yang sekarang. Pahang yang dahulu kini sudah hilang.

Liga Super 2016
Perlawanan Ke-11
Stadium Tan Sri Dato' Hj Hassan Yunos, Larkin, Johor
18 Mei 2016

JDT [3] – [0] Pahang


Friday, 13 May 2016

Sibuk Nak Final

Minggu ini, rata-rata media sukan dan peminat bola sepak Malaysia sibuk bercerita tentang final Piala FA. Fokus pertanyaan media kepada JDT hanyalah mengenai final, final dan final. Para peminat sibuk mengira-ngira siapa kalah dan siapa menang.

Mereka lupa bahawa hari ini JDT masih ada lagi satu baki perlawanan peringkat kumpulan Piala AFC. Walaupun sudah pasti layak ke peringkat seterusnya sebagai juara kumpulan, kemenangan masih ditagih bagi mengekalkan rekod bersih menang ke semua perlawanan peringkat kumpulan selain, mengekalkan rekod tanpa kalah di kubu Larkin.

Menerusi media JST, fokus Mario Gomez dan anak buahnya kelihatan berada di landasan yang betul. Katanya, kekal konsisten adalah sasaran JDT. Sebagai sebuah pasukan, JDT akan bermain perlawanan demi perlawanan.

Final Piala FA dan PKNS, tunggu selepas tamat 90 minit perlawanan malam ini.

Sekali lagi Mario Gomez mengaplikasi strategi merehatkan pemain import selepas mengunapakai strategi sama sebelum menentang Kedah bagi perlawanan separuh akhir kedua Piala FA tempoh hari. Pemain tempatan yang diberi kepercayaan pada malam ini adalah Farizal, Fazly, Junior, Fadhli Shas, Amer Saidin, Shakir, Mahali, Nazrin, Safee, Gary dan Amri (Kapten).

Kemasukan Safiq di minit ke-58 menggantikan Amri, berjaya memberi impak yang baik. Beliau menjaringkan gol pertama di minit ke-69 dan assist untuk jaringan kedua yang disudahkan Safee di minit ke-77. Kepoweran Safiq turut menarik perhatian Pembantu Jurulatih lawan yang memuji beliau sebagai pemain tempatan yang mempunyai kualiti setaraf pemain import.

Gol ketiga JDT hadir hasil jaringan penalti Shakir di hujung masa perlawanan apabila Chanturu dikasari di dalam kotak penalti.

JDT berjaya menempuh perlawanan peringkat kumpulan Piala AFC 2016 dengan cemerlang apabila berjaya mengumpul mata penuh, 18 mata, berjaya menjaringkan 21 gol. Dan hanya bolos 3 jaringan.

Perlawanan di peringkat seterusnya menentang kelab Kaya FC dari Filipina. Perlawanan suku akhir ini berlangsung di Larkin dalam format kalah mati.

Okey, cerita pasal final Piala FA bermula. Sekarang!

Piala AFC 2016
Perlawanan Keenam, Peringkat Kumpulan
Stadium Tan Sri Dato' Hj Hassan Yunos, Larkin, Johor
11 Mei 2016


JDT [3] – [0] Bengaluru FC

Wednesday, 13 April 2016

Pengesahan Awal

Stadium berkapasiti 25 ribu orang dipenuhi dengan penyokong pihak lawan berbentuk kerusi plastik. Ini membuatkan sorakan penyokong JDT yang beberapa kerat sahaja kedengaran padu. Rasanya tuan rumah sudah pasang billboard besar gedabak untuk promote game malam ini. Namun, masih tiada penyokong yang sudi hadir. Mungkin pihak pengurusan Lao Toyota perlu diterajui oleh orang politik agar penyokong mudah hadir dan dapatkan tiket percuma.

Safiq, Diaz, Lucero dan Marcos tidak diturunkan sebagai kesebelasan utama. Kesebelasan utama kali ini diterajui nama-nama yang jarang diturunkan seperti Safee, Fadhli Shas, Gary, Jasazrin dan Shakir. Lebih menarik lagi, kesemua pemain kesebelasan utama merupakan pemain tempatan.

Jaringan Safee dibatalkan di minit entah ke berapa kerana bola sudah terkena tangan. Minit-minit awal perlawanan agak seimbang.

Minit ke-41, pihak lawan memecah kebuntuan dengan menjaringkan gol hasil sepakan percuma menarik. Sebelum itu, banyak juga percubaan tepat yang dilakukan mereka. Bolehlah dikatakan banyak, daripada cubaan JDT yang tidak seberapa. Gandingan penyerang tempatan, Safee dan Amri kelihatan tidak menyengat. Hanya dua sepakan Safee di awal permainan yang boleh dibanggakan setakat ini.

Beberapa minit selepas separuh masa kedua dimulakan, Amri dijatuhkan di dalam kotak penalti. Safee dengan tenang menjaringkan gol pertama JDT dan juga gol pertama peribadinya pada musim ini.

Diaz dimasukkan menggantikan Azinee. Safee berpeluang untuk hasilkan jaringan kedua peribadinya namun lorongan menarik dari Diaz disudahkan dengan sepakan melepasi palang. Walaupun beliau hanya berhadapan dengan keeper pihak lawan sahaja.

Amirul Hadi pula dimasukkan menggantikan Shakir. Minit 65, Fadhli Shas tidak melepaskan peluang untuk menjaringkan bola yang muntah betul-betul di depannya hasil sepakan volley Amri yang di tepis keeper.

Corak permainan semasa, baru nampak seperti pasukan JDT. Berbanding sebelum ini bagaikan corak permainan sebuah pasukan kebangsaan yang berada di tangga ke-174 FIFA.

Minit ke-77, Amri pula menempa nama sebagai penjaring, hasil sepakan padu dari luar kotak penalti. Lucero dimasukkan menggantikan Safee. Kemenangan hampir pasti dikecapi.

Gol keempat JDT disumbangkan oleh Diaz. Melengkapkan rekod tanpa kalah di musim ini seterusnya mengesahkan tempat ke pusingan seterusnya.

Sementara itu, TMJ secara terbuka memetik beberapa nama yang terlibat secara langsung dalam pembangunan bola sepak Malaysia untuk diajak berbahas berkaitan kemerosotan bola sepak negara. Menarik untuk kita saksikan sama ada program ini menjadi kenyataan dan apakah reaksi orang-orang di Kelana Jaya. Juga menarik untuk kita ketahui, siapa orang dari Kelana Jaya yang ada telur untuk turun berbahas.

Piala AFC 2016
Perlawanan Keempat, Peringkat Kumpulan
Stadium Nasional Laos, KM16, Vientiane
13 April 2016

Lao Toyota [1] – [4] JDT

Thursday, 3 March 2016

Kita Peroleh Kemenangan Pertama

Pertemuan pertama selepas Felda United leburkan rekod tanpa kalah JDT di kubu Larkin sejak 2013, dalam perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia musim lalu. Felda turun dengan prestasi terbaik apabila menang ke semua tiga perlawanan liga yang diharungi mereka.

Malam sebelumnya pula, diberitakan pasukan pelapis JDT di Liga Perdana berjaya memperoleh kemenangan pertama di musim ini dengan menewaskan. Kemenangan yang tidak pelik kerana ATM berada dalam situasi sukar. Isu gaji bekas pemain tertunggak, kemasukan player baharu dari kalangan ‘Abang Askar’; antara isu yang sedang dihadapi ATM.

Malam ini, corak permainan JDT lebih baik dari perlawanan sebelumnya. Namun, masih tidak mencapai prestasi sebenar. Taktikal Felda yang lebih baik, banyak mematahkan gerakan JDT dan memberi tekanan kepada JDT. Hasilnya, memberi gol pendahuluan Felda di minit ke-28.

Aku turut tertekan dengan live streaming yang asyik buffering je. Sempat melihat pertukaran pemain antara Gary dengan Nazrin.

Lepas refresh, tiba-tiba Diaz score. Mujur ada reply.

Buffering lagi dan refresh lagi. Tiba-tiba pemain Felda, Adib dapat kad kuning kedua seterusnya dibuang padang. Felda tinggal 10 pemain seawal minit ke-62. Padah apabila menerapkan gaya permainan kasar.

Buffering lagi! Refresh! Chanturu gol di minit ke-82. Bila dia masuk dan menggantikan siapa? Aku tidak pasti. Kerja aku malam ini hanyalah click butang refresh.

Semalam Rangel berjaya jaringkan hatrik. Sekaligus memberi kejayaan kepada JDTII menewaskan ATM dengan jaringan 5-1. Kemenangan yang penting bagi meningkatkan motivasi pemain dan kepercayaan penyokong.

Liga Super 2016
Perlawanan Ke-4
Stadium Tan Sri Dato' Hj Hassan Yunos, Larkin, Johor
1 Mac 2016
JDT [2] – [1] Felda United

Alhamdulillah, Mujur Ada Live

Buat pertama kalinya pada musim ini, penyerang sensasi Malaysia, Safee Sali mendapat tempat di kesebelasan utama.

15 minit pertama kelihatan kedua-dua pasukan mempamerkan corak permainan yang agak kelam kabut. Corak permainan pasukan lawan yang kurang menarik mungkin disebabkan Penolong Jurulatih mereka baru mengambil alih tugas Ketua Jurulatih yang ‘direhatkan’.

Manakala, JDT pula agak tempang apabila barisan tengah dikemudi oleh Hariss dan Gary yang lebih dikenali sebagai defensive midfielder. Mereka dilihat tidak mampu merencana serangan sebaik Abang Chopot. Serangan banyak digerakkan melalui bahagian sayap. Ditambah lagi, prestasi Safee yang biasa-biasa, gagal menyudahkan beberapa peluang. Aku jangkakan beliau akan digantikan sebentar nanti.

Sementara itu, tersebar ura-ura mengatakan ada ‘Orang Kaya’ ingin membeli hak penyiaran siaran perlawanan pasukan yang ditajanya. Kalau di Eropah, hak penyiaran menjadi sumber pendapatan pasukan. Tetapi di Malaysia, pasukan perlu membeli hak penyiaran untuk mendapatkan live di televisyen tempatan. Atau dengan bahasa lainnya, pasukan bayar stesen televisyen untuk siarkan match pasukan mereka.

Katanya setiap perlawanan liga dan Piala FA pasukan tersebut, akan ditayangkan di saluran televisyen tempatan.

Mujur Chanturu memecahkan kebosanan dengan menghasilkan jaringan pertama minit ke-28.

Corak permainan masih cacar merba. Terengganu memang jelas bermasalah apabila tidak mampu mengekploitasi prestasi sederhana JDT.

Diaz hasilkan jaringan kedua di minit ke-32 hasil daripada kesilapan pertahanan Terengganu sendiri.

Seperti dijangka Safee dikeluarkan dan digantikan Lucero di minit 54. Namun, prestasi beliau lebih kurang Safee. Tidak mampu memberi impak seperti yang diharapkan dari seorang pemain import.

Keputusan 0-2 kekal sehingga tamat perlawanan. JDT bernasib baik berjaya menundukkan Terengganu.

Di samping itu, bergembiralah penyokong pasukan ‘Orang Kaya’ tersebut kerana setiap minggu ada live. Semoga stadium tidak dibiarkan bersawang.

Liga Super 2016
Perlawanan Ke-3
Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, Terengganu
27 Februari 2016
Terengganu [0] – [2] JDT


Thursday, 25 February 2016

Pengubat Luka Kegagalan ACL

Awal Februari lalu, impian untuk melihat JDT bermain di peringkat tertinggi Asia tertangguh apabila tewas di perlawanan kelayakan pusingan ke dua. Maka, hanya kejohanan anak tiri sahaja yang mampu disertai JDT. Seperti UEFA Europa League di Eropah, AFC Cup juga dilihat sebagai kejohanan kelas kedua di peringkat Asia. Walaubagaimanapun, penyertaan JDT pada musim ini adalah sebagai Juara Bertahan. Maka, expectation daripada semua pemerhati sememangnya amat tinggi.

Lebih kurang jam 9 malam, baru aku jumpa live streaming percuma yang agak stabil. Agak terkejut apabila tiba-tiba Diaz sedang meraikan jaringan. Takkan baru main seminit dua dah gol.

Rupa-rupanya perlawanan sudah berlangsung selama 13 minit. Malah, kedudukan semasa sudah 2-1. Abang Chopot menjaringkan gol seawal minit ke-5 hasil kelincahan gerakan solo beliau. Namun 2 minit selepas itu, pihak lawan berjaya menembusi benteng JDT.

Marcos Antonio menambah jaringan di minit ke-30. Separuh masa pertama berkesudahan 3-1. Tidak pasti JDT memang power atau pasukan dari Myanmar ini yang memang tak power.

3 minit selepas separuh masa kedua bermula, Chopot menambah jaringan peribadi kedua. Aku mula menonton sambil lewa kerana perlu menyelesaikan kerja pejabat yang tertangguh. Berdasarkan persembahan JDT dan kemampuan pasukan lawan, keyakinan amat tinggi untuk melihat JDT meraih tiga mata pada malam ini.

Walaupun kedudukan semasa memihak kepada JDT, nafsu untuk menjaringkan gol masih ada di kalangan pemain. Chopot mula mencari-cari jaringan peribadi ketiga untuk mendapatkan hatrik. Akhirnya di minit ke-62 beliau berjaya menjaringkan hatrik. JDT semakin selesa.

Secara peribadi, aku mengharapkan Lucero berjaya menjaringkan sekurang-kurangnya satu gol pada malam ini. Sebagai seorang penyerang, menjaringkan gol adalah tugas utama beliau. Gol pertama di kelab baharu amatlah penting bagi meningkatkan motivasi beliau sendiri dan juga meningkatkan kepercayaan penyokong.

Harapan menjadi kenyataan apabila Lucero berjaya menjaringkan gol pertama bersama JDT di minit ke-82. Akhirnya Lucero berjaya menamatkan kemarau gol. Namun, bukan setakat itu sahaja, minit ke-86, Lucero sekali lagi berjaya menjaringkan gol peribadi kedua. Kedudukan semasa 7-1.

Malam gemilang JDT disudahi dengan jaringan ke-8 oleh Aidil di minit ke-88.

Chopot hatrik. Lucero jaringkan dua gol. Diaz semakin berbisa.

Ayeyawady United dirogol JDT.

ACL dilupakan buat sementara.

Piala AFC 2016
Perlawanan Pertama, Peringkat Kumpulan
Stadium Tan Sri Dato' Hj Hassan Yunos, Larkin, Johor
24 Februari 2016
JDT [8] – [1] Ayeyawady United

Saturday, 20 February 2016

UiTM FC dan Potensinya

Cuti separuh hari sesi petang sudah diluluskan. Selesai solat Jumaat, kuda merah yang ditunggang terus mencelah hujan sepanjang perjalanan ke Shah Alam. Selagi spender belum menyerap air, perjalanan masih boleh diteruskan.

Pertama kali ke kampus UiTM, pertolongan rakan dengan kerakyatan Terengganu ditagih untuk menemani menempuh Pak Guard UiTM. Orang kata, denga Pak Guard UiTM jangan dibuat main.

Tiket terbuka tanpa bumbung berharga RM15 diperolehi. Pak Guard UiTM berjaya ditempuhi. Hujan masih turun-turun manja membasahi stadium. Kehadiran yang sedikit lewat memaksa kami berdiri di bahagian paling atas astaka.

Mario Gomez seperti tidak mengambil mudah dengan kemampuan pihak lawan apabila menurunkan back four terbaik; Marcos, Aidil, Kunanlan dan Fazly. Reputasi pihak lawan yang menang kedua-dua perlawanan awal Liga Perdana dan status penjaga gol mereka yang merupakan ahli skuad kebangsaan Kyrgyzstan sememangnya perlu diambil perhatian.

Rasa macam baru je berdiri, penyokong pun masih sibuk memanjat tangga astaka mencari tempat duduk. Amri dah buat semua penyokong JDT bersorak dengan jaringan pertama.

Seorang dua yang baru sampai bertanya aku jumlah jaringan semasa. Baru aku perasan scoreboard takde. Cis, tiket mahal! Tetapi score board pun tak mampu letak.

Tidak lama selepas itu, Chanturu menambah jaringan. Minit ke berapa aku tak pasti. Hujan mula turun semula. Nampak macam tak nak berhenti. Nak cari tempat berteduh pun tak guna, sebab memang takde. Maka, pasrahlah basah lencun sampai ke spender.

Sekali lagi Chanturu menjaringkan gol. Kedudukan semasa 3-0.

UiTM membuat pertukaran pertama membawa masuk pemain berjersi nombor 36. Menariknya, sentuhan pertama beliau telah menghasilkan kad kuning pertama perlawanan apabila mengasari pemain JDT. Penyokong mula bersorak nakal kepada beliau. Mungkin student universiti yang tidak mampu mengawal mentalnya. Beliau bertindak meludah ke arah penyokong JDT ketika ingin mengambil sepakan sudut. Walaupun ludahan tersebut tidak dituju betul-betul ke arah penyokong, namun jelas yang ianya disengajakan.

Saat akhir separuh masa pertama, Yol berjaya menyudahkan lorongan Amri dan menjaringkan gol keempat. UiTM tidak berdaya mengekang asakan juara bertahan Piala AFC.

Perbualan bersama rakan peneman aku banyak berkisar tentang potensi skuad UiTM. Dengan kewujudan 36 kampus di seluruh Malaysia, UiTM mampu menghasilkan pool of talents yang lebih besar. Beberapa skuad simpanan boleh diwujudkan bagi mengharungi liga-liga seperti Liga IPT dan kejohanan bola sepak UiTM sendiri. Hanya pemain terbaik sahaja yang akan membarisi skuad utama yang bermain di Liga Malaysia. Malah, tahap pendidikan mereka juga tidak perlu diragui apabila mereka sudah tentu sekurang-kurangnya mempunyai sijil diploma. Melainkan, pemain sendiri mengabaikan pelajaran mereka. Dari segi sokongan penyokong pula dilihat tiada masalah apabila ultras UiTM pun mampu diwujudkan dan disertai juga oleh golongan hawa. Benarlah kata orang, gadis-gadis UiTM ni not bad juga.

Babak kedua bersambung. Rata-rata penyokong JDT simpati dengan keadaan UiTM yang dimalukan ditempat sendiri. BOS mula mendendangkan chant ‘pergi belajar’ yang dituju kepada pemain UiTM yang dilihat bergelut untuk sekurang-kurangnya memegang bola.

Kemasukkan Diaz menggantikan Safee berjaya menambah jaringan kelima JDT dan dijaringkan sendiri oleh Diaz.

Tepat jam 6 petang, aku mengambil langkah berat meninggalkan stadium walaupun perlawanan masih belum tamat. Kewajipan solat Asar masih belum ditunaikan.

Ketika berada di perkarangan stadium, terdengar dua kali sorakan padu daripada penonton di dalam stadium. Sesuatu yang menarik mungkin berlaku. Mujur ada video highlight, rupanya sorakan pertama JDT dihadiahkan sepakan penalti. Sorakan kedua, Lucero gagal menyudahkan peluang menjaringkan gol pertama bersama JDT melalui sepakan penalti tersebut.

Saat menghidupkan enjin kuda merah. Pengumuman 2 minit masa tambahan dibuat. Legalah hati apabila mendapat tahu yang aku pulang di saat-saat akhir perlawanan. Kiranya, berbaloilah pengorbanan aku membayar tiket berharga RM15.

Piala FA Superbest Power 2016, Pusingan Ke-2
Stadium UiTM, Shah Alam, Selangor
19 Februari 2016

UiTM FC [0] – [5] JDT

Wednesday, 17 February 2016

JDT II Dua Langkah ke Kiri

Bertemu T-Team atau Terengganu II di tempat lawan, tiga hari selepas JDT berjaya menjulang Piala Sumbangsih. Page-page sukan di Facebook dijadikan sandaran untuk mendapatkan live update. Stadium jauh, perlawanan berlangsung semasa hari bekerja dan tiada siaran langsung ditayangkan. Begitulah era awal penswastaan liga bola sepak Malaysia. Meskipun pahit, begitulah kenyataan yang harus ditelan.

Bagi menebus kekecewaan ketiadaan live, JDT II dijadikan sandaran untuk melampiaskan nafsu menonton aksi JDT di stadium. Kebetulan ‘si adik’ dijadualkan beraksi menentang Kuala Lumpur (KL) di Stadium Selayang sehari sebelum ‘si abang’ beraksi di Terengganu. Lupakan dahulu persoalan sejarah siapa adik dan siapa abang. Anggap sahaja yang utama itu abang dan sandarannya sebagai adik.

Sebelum ini, JDT II yang beraksi di Liga Perdana memulakan langkah kiri apabila tewas 1-3 kepada DRB Hicom di halaman sendiri.

Barisan pemain JDT II bukan calang-calang. Diketuai Shahril Ishak yang juga merupakan ketua pasukan kebangsaan Singapura. Diperkuatkan lagi oleh Baihakki Khaizan, penerima Anugerah Pertahanan Terbaik FAM tahun 2013. Jentera tengah pula diterajui oleh Irfan Fazail, bekas ketua pasukan Malaysia bawah-23 tahun. Tidak dilupa, Paulo Rangel, penyerang yang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam kancah liga bola sepak Malaysia. Selain itu, nama-nama yang tidak asing seperti Al-Hafiz, Tuah Iskandar, Azwan Roya, Zaquan Adha, Shafiq Shaharudin, Kamarul Afiq dan ramai lagi. Malah turut diperkuatkan lagi dengan kehadiran ketua jurulatih baharu, Bemjamin Mora dari Mexico.

Kejayaan si abang menjulang Piala Sumbangsih sepatutnya menjadi sandaran untuk si adik memenangi perlawanan kedua menentang KL. Namun, kesudahannya tidak seperti yang dijangka apabila tewas pula 0-1 kepada budak KL.

Selepas kekalahan kedua tersebut, barisan jurulatih segera memohon maaf atas prestasi semasa JDT II yang tidak seperti yang diharapkan. Masalah penyudah di barisan hadapan sebagai punca utama kegagalan di awal musim ini.
Sebagai pemerhati amatur, aku tidak mampu membuat analisis taktikal secara terperinci.

Namun berdasarkan persembahan menentang KL, penjaga gawang berjersi no.20, Fazli Paat mencuri tumpuan apabila banyak melakukan mistake budak sekolah. Selain tangkapan yang tidak kemas, sepakan yang tidak mengena sehingga menyebabkan bola meleret ke arah gawang turut menjadi tumpuan seluruh penonton yang hadir. Hal ini menimbulkan perasaan tidak yakin terhadap kemampuan beliau. Selepas kejadian tersebut, pemain KL mula membuat banyak sepakan jarak jauh bagaikan memperkotak-katikkan kewujudan penjaga gawang. Lebih menarik lagi, kejayaan KL menghasilkan jaringan dari sepakan penalti adalah berpunca daripada kekasaran yang dilakukan penjaga gawang sendiri.

Keserasian pemain pertahanan juga boleh dipersoalkan terutamanya di antara Baihakki dan Dominic Tan. Selain jentera tengah yang agak tenggelam, Rangel juga dilihat tertekan dan seperti tidak mempercayai rakan sepasukan apabila banyak membuat gerakan solo yang gagal walhal ada rakan yang sedia menunggu untuk membantu.

Walaubagaimanapun, terdapat juga gerakan-gerakan menarik yang dilakukan dan menghasilkan beberapa peluang. Namun, seperti yang diakui oleh barisan kejurulatihan, JDT II menghadapi masalah penyudah yang tumpul.

Liga baru bermula. Perjalanan masih jauh. Jadi, biarkan barisan profesional menjalankan tugas.

Sebagai penyokong, terus berikan sokongan kepada pasukan. Usah biarkan si adik kesunyiaan di stadium. Situasi hampir sama yang berlaku terhadap pasukan T-Team yang dianak tirikan penyokong Terengganu.

Dalam pada itu, Alex si ‘anak jati’ berjaya menghasilkan gol. Manakala, Diaz menemui sentuhan jaringan pertama di musim 2016. Farizal berjaya menyelamatkan sepakan penalti. Si abang berjaya membawa pulang tiga mata dari Terengganu.

Liga Super 2016, Perlawanan Ke-2
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
16 Februari 2016

T-Team [0] – [2] JDT

Monday, 15 February 2016

Mimpi Jadi Realiti

Pemain berbaris menerima pingat kejuaraan. TMJ bersorak gembira dan bangga. Stadium Larkin meriah dengan kejayaan JDT menewaskan Selangor. Piala Sumbangsih berjaya kekal di bumi Johor.

Dah pukul berapa ni? Aku mencari-cari handphone untuk melihat waktu semasa. Baru pukul 4.30 pagi. Cipan, mimpi rupanya!

Laptop dan live streaming sudah sedia terpasang jam 8.30 malam. Perlawanan bermula jam 9 malam dengan pembukaan ala Champions League hasil sokongan peminat yang hadir diketuai Boys of Straits (BOS).

Perhatian tertumpu kepada senjata baru JDT, Juan Martin Lucero yang baru empat hari berada di Johor. Beliau bergandingan dengan Diaz sebagai penyerang utama.

35 minit perlawanan berlalu hambar dengan permainan terbuka. Tidak banyak aksi menarik yang di hidangkan oleh kedua-dua pasukan. Lucero “The Cat” masih mencari-cari rentak apabila gagal menyudahkan sekurang-kurangnya tiga peluang menjaringkan gol.

Member sebelah juga kelihatan tidak terhibur saat menonton perlawanan pasukan “No Star” melawan pasukan “Produk Kecantikan” kerana perlawanan tersebut turut berlangsung hambar.

Pandangan aku sedikit terganggu tatkala melihat ton warna jersi dan seluar yang dipakai Farizal bagaikan tidak kena. Tambahan lagi, warna lengan jersi yang sebelah putih dan sebelah hijau turut kelihatan janggal.

10 minit terakhir, JDT mula merancakkan serangan. Maka, terhasillah gol di minit akhir babak pertama. Hariss Harun mananduk masuk sepakan penjuru Chopot, “The Power Cat” diminit ke-44.

Tamat separuh masa pertama.

Perlawanan separuh masa kedua diteruskan.

Minit ke-58, Alex dibawa masuk menggantikan Azinee. Minit ke-59, bekas rakan sepasukan Alex menjaringkan gol penyamaan Selangor. Kelalaian dan kesilapan posisi Farizal punca terhasilnya jaringan dari direct free kick Hafiz Kamal. Inilah kemampuan bekas pemain pasukan ‘anak jati’. Selangor nampak lebih yakin.

Kemampuan untuk menyerang dipertingkatkan apabila Mahali dikeluarkan dan digantikan Nazrin. ‘Si Kucing’ Lucero turut dikeluarkan digantikan ‘Super Sub’, Amirul Hadi.

Walaubagaimanapun, keputusan terus kekal seri sehingga minit akhir perlawanan. Kedua-dua pasukan berkongsi satu mata di dalam carta liga. Sedikit kecewa apabila gagal mendapat tiga mata penuh di perlawanan pertama di tempat sendiri.

Kejuaraan Piala Sumbangsih diteruskan dengan penentuan sepakan penalti. Bayangan kegagalan penalti kelayakan ACL yang lalu masih segar di ingatan.

Semua budak rumah aku tiba-tiba sibuk berkumpul di depan laptop. Tidak pasti sama ada ingin bersama-sama merasa debaran sepakan penalti atau bersedia untuk meraikan kegagalan JDT.

Jaringan semangat berjaya dijaringkan Safiq Rahim untuk sepakan penalti pertama JDT.

Sepakan penalti pertama Selangor diambil oleh import baharu mereka, Mauro Andres Olivi. Namun, Farizal tangkas menampan bagaikan menebus hutang kealpaan membiarkan jaringan Hafiz Kamal sebentar tadi.

Penalti kedua JDT. Ah, Diaz pula buat hal! Sepakan tersasar dan gagal menerjah gawang. Debaran kembali semula.

Kedudukan 1-1 setelah pemain Selangor, Patrick Ronaldinho berjaya menjaringkan sepakan penalti kedua.

Sepakan penalti ketiga, kedua-dua pasukan berjaya menjaringkan gol. Kedudukan seri 2-2.

Sepakan penalti keempat. 3-3.

Sepakan penalti kelima, keputusan masih seri 4-4.

Sepakan penalti keenam, penentuan sudden death bermula. Harapan semakin memuncak untuk memenangi piala pertama. Giliran bekas pemain pasukan ‘anak jati’, Alex membuat sepakan yang padu. Kesudahannya, hanya menggegar palang. Ah, dasar ‘anak jati’!

Budak-budak rumah bersorak, tidak pasti sama ada gembira atau kecewa. Ada yang menutup tangan di mulut, melindungi senyuman sinis.

Seorang lagi bekas pemain pasukan ‘anak jati’ yang kini bersama lawan JDT, Gopinathan mengambil sepakan penalti keenam Selangor. Farizal berjaya save! Tanpa segan silu, aku melompat puas hati bercampur gembira. Memang dasar ‘anak jati’!

Kedudukan semasa kekal 4-4 setelah sepakan penalti keenam.

Sepakan penalti ketujuh, 5-5. Tekanan memuncak. Bila nak habis penalti ni?!

Sepakan penalti kelapan, kedua-dua pasukan masih tidak mahu mengalah. Kedudukan semasa 6-6.

Sepakan penalti kesembilan, penalti paling panjang dalam sejarah hidup aku menonton bola sepak. Kunanlan tenang menjaringkan gol. Kedudukan semasa 7-6.

Giliran pemain Selangor untuk menyudahkan sepakan penalti kesembilan. Azrif Nasrulhaq diberikan kepercayaan, pemain yang hajatnya tidak kesampaian untuk menyarung jersi JDT di musim 2016. 

Sepakan diambil.

Namun, kepercayaan tersebut gagal dibalas dengan jaringan. Sepakan Azrif tersasar!

Seluruh pelusuk Johor bersorak gembira. Mimpi menjadi realiti. JDT berjaya menjulang Piala Sumbangsih 2016.

Azrif mungkin tidak tidur lena memikirkan makian kebencian diterimanya. Permulaan musim yang sukar buat beliau.

Fyi, perlawanan ini memang penuh dengan bekas pemain pasukan ‘anak jati’ termasuklah jurulatih baru Selangor juga bekas jurulatih pasukan tersebut di musim lalu. Apalah nasib pasukan deme.

Piala Sumbangsih 2016
Stadium Tan Sri Dato' Hj Hassan Yunos, Larkin, Johor
15 Februari 2016
JDT [1] – [1] Selangor
Penalti: 7 - 6