Buat
pertama kalinya pada musim ini, penyerang sensasi Malaysia, Safee Sali mendapat
tempat di kesebelasan utama.
15
minit pertama kelihatan kedua-dua pasukan mempamerkan corak permainan yang agak
kelam kabut. Corak permainan pasukan lawan yang kurang menarik mungkin
disebabkan Penolong Jurulatih mereka baru mengambil alih tugas Ketua Jurulatih
yang ‘direhatkan’.
Manakala,
JDT pula agak tempang apabila barisan tengah dikemudi oleh Hariss dan Gary yang
lebih dikenali sebagai defensive
midfielder. Mereka dilihat tidak
mampu merencana serangan sebaik Abang Chopot. Serangan banyak digerakkan
melalui bahagian sayap. Ditambah lagi, prestasi Safee yang biasa-biasa, gagal
menyudahkan beberapa peluang. Aku jangkakan beliau akan digantikan sebentar
nanti.
Sementara itu, tersebar
ura-ura mengatakan ada ‘Orang Kaya’ ingin membeli hak penyiaran siaran
perlawanan pasukan yang ditajanya. Kalau di Eropah, hak penyiaran menjadi
sumber pendapatan pasukan. Tetapi di Malaysia, pasukan perlu membeli hak
penyiaran untuk mendapatkan live di
televisyen tempatan. Atau dengan bahasa lainnya, pasukan bayar stesen
televisyen untuk siarkan match
pasukan mereka.
Katanya setiap perlawanan liga dan Piala FA pasukan
tersebut, akan ditayangkan di saluran televisyen tempatan.
Mujur Chanturu memecahkan kebosanan dengan
menghasilkan jaringan pertama minit ke-28.
Corak permainan masih cacar merba. Terengganu memang
jelas bermasalah apabila tidak mampu mengekploitasi prestasi sederhana JDT.
Diaz hasilkan jaringan kedua di minit ke-32 hasil
daripada kesilapan pertahanan Terengganu sendiri.
Seperti dijangka Safee dikeluarkan dan digantikan
Lucero di minit 54. Namun, prestasi beliau lebih kurang Safee. Tidak mampu
memberi impak seperti yang diharapkan dari seorang pemain import.
Keputusan 0-2 kekal sehingga tamat perlawanan. JDT
bernasib baik berjaya menundukkan Terengganu.
Di samping itu, bergembiralah penyokong pasukan ‘Orang
Kaya’ tersebut kerana setiap minggu ada live.
Semoga stadium tidak dibiarkan bersawang.
Perlawanan Ke-3
Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu,
Terengganu
27 Februari
2016
Terengganu [0] – [2] JDT
No comments:
Post a Comment
Kalau berani, kau komen.