Awal
Februari lalu, impian untuk melihat JDT bermain di peringkat tertinggi Asia
tertangguh apabila tewas di perlawanan kelayakan pusingan ke dua. Maka, hanya
kejohanan anak tiri sahaja yang mampu disertai JDT. Seperti UEFA Europa League
di Eropah, AFC Cup juga dilihat sebagai kejohanan kelas kedua di peringkat
Asia. Walaubagaimanapun, penyertaan JDT pada musim ini adalah sebagai Juara
Bertahan. Maka, expectation daripada
semua pemerhati sememangnya amat tinggi.
Lebih
kurang jam 9 malam, baru aku jumpa live
streaming percuma yang agak stabil. Agak terkejut apabila tiba-tiba Diaz
sedang meraikan jaringan. Takkan baru main seminit dua dah gol.
Rupa-rupanya
perlawanan sudah berlangsung selama 13 minit. Malah, kedudukan semasa sudah
2-1. Abang Chopot menjaringkan gol seawal minit ke-5 hasil kelincahan gerakan
solo beliau. Namun 2 minit selepas itu, pihak lawan berjaya menembusi benteng
JDT.
Marcos
Antonio menambah jaringan di minit ke-30. Separuh masa pertama berkesudahan
3-1. Tidak pasti JDT memang power
atau pasukan dari Myanmar ini yang memang tak power.
3
minit selepas separuh masa kedua bermula, Chopot menambah jaringan peribadi
kedua. Aku mula menonton sambil lewa kerana perlu menyelesaikan kerja pejabat
yang tertangguh. Berdasarkan persembahan JDT dan kemampuan pasukan lawan,
keyakinan amat tinggi untuk melihat JDT meraih tiga mata pada malam ini.
Walaupun
kedudukan semasa memihak kepada JDT, nafsu untuk menjaringkan gol masih ada di
kalangan pemain. Chopot mula mencari-cari jaringan peribadi ketiga untuk
mendapatkan hatrik. Akhirnya di minit ke-62 beliau berjaya menjaringkan hatrik.
JDT semakin selesa.
Secara
peribadi, aku mengharapkan Lucero berjaya menjaringkan sekurang-kurangnya satu
gol pada malam ini. Sebagai seorang penyerang, menjaringkan gol adalah tugas
utama beliau. Gol pertama di kelab baharu amatlah penting bagi meningkatkan
motivasi beliau sendiri dan juga meningkatkan kepercayaan penyokong.
Harapan
menjadi kenyataan apabila Lucero berjaya menjaringkan gol pertama bersama JDT di
minit ke-82. Akhirnya Lucero berjaya menamatkan kemarau gol. Namun, bukan setakat
itu sahaja, minit ke-86, Lucero sekali lagi berjaya menjaringkan gol peribadi
kedua. Kedudukan semasa 7-1.
Malam
gemilang JDT disudahi dengan jaringan ke-8 oleh Aidil di minit ke-88.
Chopot
hatrik. Lucero jaringkan dua gol. Diaz semakin berbisa.
Ayeyawady
United dirogol JDT.
ACL
dilupakan buat sementara.
Piala AFC 2016
Perlawanan Pertama, Peringkat Kumpulan
Stadium Tan Sri Dato' Hj Hassan Yunos,
Larkin, Johor
24 Februari 2016
JDT [8] – [1] Ayeyawady United
No comments:
Post a Comment
Kalau berani, kau komen.