Pertemuan
pertama selepas Felda United leburkan rekod tanpa kalah JDT di kubu Larkin
sejak 2013, dalam perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia musim lalu. Felda
turun dengan prestasi terbaik apabila menang ke semua tiga perlawanan liga yang
diharungi mereka.
Malam
sebelumnya pula, diberitakan pasukan pelapis JDT di Liga Perdana berjaya
memperoleh kemenangan pertama di musim ini dengan menewaskan. Kemenangan yang
tidak pelik kerana ATM berada dalam situasi sukar. Isu gaji bekas pemain
tertunggak, kemasukan player baharu
dari kalangan ‘Abang Askar’; antara isu yang sedang dihadapi ATM.
Malam
ini, corak permainan JDT lebih baik dari perlawanan sebelumnya. Namun, masih
tidak mencapai prestasi sebenar. Taktikal Felda yang lebih baik, banyak mematahkan
gerakan JDT dan memberi tekanan kepada JDT. Hasilnya, memberi gol pendahuluan
Felda di minit ke-28.
Aku
turut tertekan dengan live streaming
yang asyik buffering je. Sempat
melihat pertukaran pemain antara Gary dengan Nazrin.
Lepas
refresh, tiba-tiba Diaz score. Mujur ada reply.
Buffering lagi dan refresh lagi. Tiba-tiba pemain Felda, Adib dapat kad kuning kedua
seterusnya dibuang padang. Felda tinggal 10 pemain seawal minit ke-62. Padah
apabila menerapkan gaya permainan kasar.
Buffering lagi! Refresh! Chanturu gol di minit ke-82. Bila dia masuk dan
menggantikan siapa? Aku tidak pasti. Kerja aku malam ini hanyalah click butang refresh.
Semalam
Rangel berjaya jaringkan hatrik. Sekaligus memberi kejayaan kepada JDTII
menewaskan ATM dengan jaringan 5-1. Kemenangan yang penting bagi meningkatkan
motivasi pemain dan kepercayaan penyokong.
Liga Super 2016
Perlawanan Ke-4
Stadium Tan Sri Dato' Hj Hassan Yunos,
Larkin, Johor
1 Mac 2016
JDT [2] – [1] Felda United
No comments:
Post a Comment
Kalau berani, kau komen.