Kalau
musim 2015, Pahang merupakan antara pencabar utama Liga Bola Sepak Malaysia,
musim ini Pahang berubah 360 darjah. Sehingga tamat pusingan pertama liga,
Pahang hanya menang 2 perlawanan dan banyak menghabiskan masa bergelut di zon
penyingkiran. Kemenangan pertama di Liga Super hanya hadir selepas perlawanan
ke-7 menentang Perak.
Mengikut
rekod pertemuan antara Pahang dan JDT sejak 2013, daripada 12 perlawanan Pahang
menang sebanyak 6 kali, JDT hanya menang sebanyak 3 kali dan selebihnya
berkesudahan seri. Siapa boleh lupa, perlawanan sengit final Piala Malaysia 2014 dan kegagalan Mat Yo menyempurnakan
penalti, seterusnya menobatkan Pahang sebagai juara. Musim 2015, JDT terus
dimalukan Pahang apabila tewas seawal pusingan pertama Piala FA menentang si
Gajah.
Pertembungan
kedua-dua pasukan ini sentiasa disulami dengan pelbagai kontroversi. Tifo
anjing, claim anak jati sampai tak
sudah dan yang paling terbaharu, menconteng bas pasukan lawan. Perkara ini
sahaja sudah menunjukkan bertapa para penyokong saling menganggap masing-masing
sebagai seteru utama.
Malam
ini, merupakan pertembungan pertama JDT dan Pahang di musim 2016. Pahang hari
ini dengan status sebuah kelab berwajah serba baharu. Logo baharu, jurulatih
baharu dan player muda yang serba
serbi baharu. Berbeza dengan JDT, sekadar menampilkan pemain yang majoritinya
muka lama, jurulatih lama dan hanyalah sebuah kelab kecil tetapi, mempunyai
cita-cita yang besar.
Mario
Gomez seperti sengaja menurunkan anak jati Pahang di kesebelasan utama JDT pada
malam ini. Selain itu, Fazly yang tidak dapat beraksi di final tempoh hari, ditugaskan beraksi malam ini. Safiq tidak
diturunkan, maka tugas kapten disandang Aidil.
Pahang
punya power, minit ke-54 baru JDT
dapat menembus gawang Pahang.
Minit
ke-62, JDT mendapat penalti dan dijaringkan Lucero. Menambah kebencian haters dengan mengelar JDT sebagai ‘King
of Penalty’.
Sejurus
selepas itu di minit ke-64, Lucero sekali lagi berjaya menjaringkan gol. Kali
ini bukan sebab penalti.
Kedudukan
3-0 kekal sehingga tamat perlawanan, memburukkan lagi keadaan Pahang yang sudah
sedia buruk. Transformasi pasukan di awal musim merubah Pahang menjadi sebuah
pasukan belasahan. Faktor ini dikuatkan lagi dengan penghijrahan jurulatih
Pahang, Zainal Abidin Hassan dan beberapa orang pemain utama ke pasukan baharu
meninggalkan pasukan Pahang terkontang-kanting di musim 2016.
Pahang
yang dahulu, bukanlah yang sekarang. Pahang yang dahulu kini sudah hilang.
Perlawanan Ke-11
Stadium Tan Sri Dato' Hj Hassan Yunos,
Larkin, Johor
18 Mei 2016
JDT [3] – [0] Pahang
No comments:
Post a Comment
Kalau berani, kau komen.