Perlawanan ke-12 dilangsungkan, sebelum liga berehat panjang bagi menempuh aksi antarabangsa dan bulan Ramadhan. Bagi perlawanan kali ini, kesemua pasukan akan menentang kembali lawan mereka semasa di perlawanan ke-11. Bermakna, JDT akan menentang Pahang di Kuantan.
Tidak pasti kenapa Safiq tidak disenaraikan dalam barisan pemain kali ini. Mungkin akibat kecederaan kerana beliau turut tidak tersenarai sebagai pemain simpanan. Amirul Hadi dan Gary dipertaruhkan untuk membimbing barisan tengah.
Penyokong setia hitam putih yang hadir ke stadium pada musim ini tidak semeriah musim lalu. Begitulah semangat penyokong yang menerima Anugerah Kelab Penyokong Terbaik di musim 2015. Situasi yang berlaku ini sebenarnya biasa dalam Liga Bola Sepak Malaysia. Rata-rata hanya menyokong saat pasukan menang tetapi, tidak menyokong saat pasukan kalah. Situasi seperti ini pernah dialami hampir kepada semua pasukan di Malaysia, termasuklah wakil dari Johor. Siapa yang menyokong Johor FA, Johor FC dan MP Muar saat mereka berhempas pulas berjuang dahulu? Jadi, tidak mustahil untuk JDT menerima nasib yang sama jika prestasi pasukan tidak seperti yang diharapkan.
Seawal minit ke-6, Lucero mudah menjaringkan gol melalui tandukan free header hasil hantaran baik dari Mahali. Diaz pula menambah jaringan di minit ke-29. Seterusnya Marcos jaringkan gol ketiga di minit ke-31, sekali lagi hasil hantaran Mahali. Prestasi Mahali terbukti baik malam ini apabila berjaya assist dua gol.
Pahang ni bukannya tak power. Mereka mampu je menguasai bola, buat serangan dan cubaan merbahaya. Tetapi, masalah utamanya di barisan pertahanan yang mudah leka.
Tumpuan juga diberikan kepada perlawanan Felda United menentang Pulau Pinang. Setakat separuh masa pertama, keputusan seri 1-1. Jika keputusan terus kekal, JDT berpeluang berada di persada liga sebelum liga berhenti rehat.
Separuh masa kedua berlangsung, Lucero jaringkan gol keempat di minit ke-47. Membuka peluang untuk dirinya hatrik malam ini. Minit ke-54, Diaz mudah chip bola melepasi goalkeeper Pahang untuk jaringkan gol kedua peribadinya. Menjadikan dua orang calon untuk hatrik malam ini.
Penyokong setia hitam putih seperti terdiam. Cuba menerima kenyataan dirogol di halaman sendiri. Kenyataan yang amat pedih untuk ditelan.
Akhirnya, Diaz menjaringkan hatrik di minit ke-76, menyempurnakan tandukan yang dibuat Lucero. Sejurus Diaz menjaringkan hatrik, beliau dikeluarkan dan digantikan Safee. Mungkin untuk memberi Safee peluang menjaringkan hatrik juga. Eh?
Penyokong setia hitam putih mula beredar meninggalkan kawasan tragedi. Pemain sayap Pahang, D. Saarvindran satu-satunya pemain Pahang yang nampak bertenaga dan bersungguh-sungguh mencuba merobek gawang JDT. Matthew Davies turut layak dipuji apabila berjaya mengawal dan menenggelamkan kewujudan Amri.
Perlawanan tamat dengan jaringan 6-0. Lucero nampak kecewa apabila tidak berjaya hatrik malam ini. Namun, pemain yang dipersoal kemampuannya di awal musim ini, kini merupakan penjaring terbanyak liga. Berkongsi kedudukan dengan Forkey Doe, penyerang Felda United, masing-masing sudah menjaringkan 10 gol.
Felda United dan Pulau Pinang berkesudahan seri 2-2. Bermakna JDT menghuni tangga teratas liga. Memberi peluang kepada penyokong untuk merasa gayat sehingga sebulan lebih lamanya.
Tidak dilupa kepada pasukan JDTII yang dipersoal prestasi mereka di awal musim. Kini menghuni tangga ketiga Liga Perdana, tidak mahu tercicir merebut kejuaraan liga dan slot ke Liga Super.
Kesudahan pusingan pertama yang baik bagi keluarga JDT. Diharapkan juga penyokong JDT terus kekal menyokong tidak kira pasukan menang atau kalah.
Perlawanan Ke-12
Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang
21 Mei 2016
Pahang [0] – [6] JDT
No comments:
Post a Comment
Kalau berani, kau komen.