Berdasarkan rekod
perlawanan 5 tahun terakhir, Malaysia seperti mengalami badi seri apabila
menentang pasukan kebangsaan mahupun kelab dari Filipina. Walaubagimanapun
semenjak revolusi pasukan Johor, ini adalah kali pertama JDT menentang pasukan
dari Filipina dan kali pertama mengenali Kaya FC.
Safiq masih mengalami
kecederaan dan tidak dapat diturunkan pada malam ini. Maka, Amirulhadi diberi
kepercayaan menggantikan tempat Safiq, bergandingan dengan Hariss.
Hujan lebat melanda
Johor Bahru sebelum perlawanan berlangsung menyebabkan padang Stadium Larkin
becak teruk. Pertama kali melihat keadaan padang di Larkin seteruk ini. Keadaan
ini juga sedikit sebanyak mengganggu corak permainan JDT yang banyak bermain
hantaran pendek. Banyak hantaran tersasar dan berjaya dipintas pemain lawan
kerana tersekat di lopak-lopak air.
Namun, permainan masih
dikuasai JDT. Di minit ke-14, Lucero berjaya score dengan membuat freekick
lencong yang menarik. Beberapa minit selepas itu, Diaz dijatuhkan di dalam
kotak penalti. Beliau dengan mudah menjaringkan penalti tersebut di minit
ke-23. Mungkin gelaran ‘King of Penalty’ sesuai diberikan kepada Diaz.
JDT terus mengasak.
Minit ke-32, Izham memulakan counter
attack dengan membuat hantaran jauh kepada Diaz di sebelah kiri. Diaz
membawa bola ketengah kotak penalti dan berjaya menewaskan seorang pertahanan
lawan. Peluang diberikan kepada Alex untuk menolak masuk bola bagi menjaringkan
gol ketiga JDT.
Hujan renyai mula turun
semula membasahi Larkin. Para penyokong di stadium mula mencari-cari dan
memakai baju hujan.
Anak jati Pahang sekali
lagi menunjukkan kehebatan beliau apabila menjaringkan gol power di minit ke-39. Meninggalkan Kaya FC dengan jaringa 4-0 di
separuh masa pertama.
Rasanya di minit ke-48,
pertama kali Kaya FC membuat percubaan ke arah gawang gol JDT. Kaya FC mula
menemui keyakinan di separuh masa kedua apabila sering mengasak kubu JDT.
Akhirnya di minit ke-53, JDT bolos buat kali pertama. Namun, serangan pantas
dilakukan JDT telah menghasilkan gol beberapa saat selepas pihak lawan meraikan
jaringan tadi. Lucero menyumbat jaringan tersebut.
Tenaga baru, Mahali
dimasukkan menggantikan Amri di minit ke-57. Chanturu pula dimasukkan
menggantikan Alex di minit ke-60. Melenyapkan harapan beliau untuk hatrik.
Seterusnya menjadikan Lucero sebagai calon tunggal untuk hatrik pada malam ini.
Minit-68, Diaz membuat
hantaran ke tengah kotak penalti. Hantaran tersebut seperti di tuju kepada
Lucero untuk menjaringkan hatrik. Namun, Mahali pantas menyambar untuk membuat
jaringan. Menangguhkan hatrik Lucero.
Tidak lama selepas itu,
Lucero berjaya juga menjaringkan hatrik di minit ke-70. Melunaskan impiannya
yang tertangguh semenjak perlawanan 5 hari lepas menentang Pahang. Amri di
bangku simpanan menunjukkan isyarat 10 dengan kedua-dua tangannya. Seperti
memberi galakkan kepada rakan-rakannya di dalam padang supaya menggenapkan
jaringan menjadi 10 gol.
Walaupun, seudah
mendahului 7-1, Mario Gomez masih membawa masuk Safee menggantikan Amirulhadi
di minit ke-80. Mungkin sekali lagi memberi beliau peluang menjaringkan hatrik.
Jika benarlah, murni sungguh niat Mario Gomez tersebut.
Kaya FC tidak mudah
berputus asa apabila berjaya menjaringkan gol saguhati kedua di minit ke-88.
Mungkin mahu menyerlahkan kelemahan barisan pertahanan JDT.
Derita Kaya FC tamat
dengan jaringan 7-2. Padang becak dan ketiadaan Safiq Copot tidak menghalang
JDT membaham Kaya FC dengan rakus.
Piala
AFC 2016
Pusingan
Kalah Mati
Stadium Tan Sri
Dato' Hj Hassan Yunos, Larkin, Johor
25
Mei 2016
JDT
[7] – [2] Kaya FC
No comments:
Post a Comment
Kalau berani, kau komen.