Tuesday, 28 June 2016

Mencari Busana Raya

Niat di hati nak beli jubah dan kurta raya untuk keluarga. Habis semua tempat aku jelajah, Jalan TAR, Sogo, Mood Republik, segala mak nenek Uptown dan Downtown aku singgah. Susah betul nak jumpa busana yang sesuai di pakai sekeluarga. Nak mencari design yang sesuai satu hal. Rata-rata jubah dan kurta zaman sekarang pula bersaiz slim fit dan ketat nauzubillah. Sampaikan aku rasa pilih jubah raya macam pilih sarung nangka.

Sebelum aku keluar bermusafir mencari busana raya di sekitar KL, aku memang dah siap-siap tanya saiz baju masing-masing dekat group Whatsapp. Ayah aku dah awal-awal warning, "Kau nak beli baju tu kena tengok dulu, sebab kadang-kadang saiz tak sama dengan cuting sebenar", sambil memberi contoh saiz baju dan badan adik bongsu aku yang sedikit gempal.

Aku menjawab dengan nada positif, "kalau kecik takpe, semua kena diet jelah".

Tidak lama selepas itu, masing-masing berkongsi menu juadah yang di beli di bazar Ramadhan. Aku yang berada diperantauan semakin runsing mencari busana raya yang sesuai dengan saiz dorang.

No comments:

Post a Comment

Kalau berani, kau komen.