Penyokong Kedah dijemput ke rumah terbuka BOS sebelum perlawanan berlangsung. Mi sup dengan sambal kicap menjadi santapan diluar kebiasaan orang Kedah. Sambil menyelam minum air, sambil tengok bola dapat makan free. Rasanya belum ada lagi mana-mana stadium di seluruh pelusuk dunia yang menyediakan makanan free semasa hari perlawanan. Bagaikan permulaan yang baik buat Kedah apabila dijamu sedemikian.
Dua tiga hari ini heboh berkenaan berita persaraan pemain JDT dari pasukan kebangsaan. Selepas Aidil dan Safiq mengumumkan persaraan mereka, kini giliran Kunanlan dan Yol pula mengambil keputusan sama dengan alasan yang lebih kurang sama iaitu memberi peluang kepada pemain muda beraksi dengan pasukan kebangsaan.
Sementara itu, jendela perpindahan di pertengahan musim 2016 berkesudahan, Azrif berjaya mendaftar sebagai ahli baharu keluarga JDT. Selepas, kontroversi yang tercetus di awal musim.
Separuh masa pertama berkesudahan barisan pemain Kedah gagal menghalang dua jaringan Safiq. Mi sup dan sambal kicap yang dimakan tadi mungkin mula membentuk zat yang mampu memberi ketenangan kepada mereka.
Minit ke-66, Marcos pula jaringkan gol ketiga. Kedah masih buntu menemui jaringan.
Ingatkan malam ini dapat melihat kelibat Azrif membuat debut pertamanya bersama JDT. Namun, selepas pertukaran terakhir menggantikan Hariss dengan Yol. Seeloknya Azrif tanggalkan sahaja but yang dipakai.
Seterusnya, Diaz menambah derita Kedah apabila menjaringkan dua gol di minit ke 80 dan 85.
Semoga jamuan rumah terbuka yang dihadiri penyokong Kedah petang tadi dapat menjadi asbab untuk mereka pulang dengan ketenangan walaupun pahit untuk ditelan.
Liga Super 2016
Perlawanan Ke-13
Stadium Tan Sri Dato' Hj Hassan Yunos, Larkin, Johor
16 Julai 2016
JDT [5] - [0] Kedah
No comments:
Post a Comment
Kalau berani, kau komen.