Pemain berbaris menerima pingat kejuaraan.
TMJ bersorak gembira dan bangga. Stadium Larkin meriah dengan kejayaan JDT menewaskan
Selangor. Piala Sumbangsih berjaya kekal di bumi Johor.
Dah pukul berapa ni? Aku mencari-cari handphone untuk melihat waktu semasa.
Baru pukul 4.30 pagi. Cipan, mimpi rupanya!
Laptop dan live streaming sudah sedia terpasang jam 8.30 malam. Perlawanan
bermula jam 9 malam dengan pembukaan ala Champions League hasil sokongan
peminat yang hadir diketuai Boys of Straits (BOS).
Perhatian tertumpu kepada senjata baru
JDT, Juan Martin Lucero yang baru empat hari berada di Johor. Beliau
bergandingan dengan Diaz sebagai penyerang utama.
35 minit perlawanan berlalu hambar
dengan permainan terbuka. Tidak banyak aksi menarik yang di hidangkan oleh
kedua-dua pasukan. Lucero “The Cat” masih mencari-cari rentak apabila gagal menyudahkan
sekurang-kurangnya tiga peluang menjaringkan gol.
Member sebelah juga kelihatan tidak terhibur
saat menonton perlawanan pasukan “No Star” melawan pasukan “Produk Kecantikan”
kerana perlawanan tersebut turut berlangsung hambar.
10 minit terakhir, JDT mula
merancakkan serangan. Maka, terhasillah gol di minit akhir babak pertama.
Hariss Harun mananduk masuk sepakan penjuru Chopot, “The Power Cat” diminit
ke-44.
Tamat separuh masa pertama.
Perlawanan separuh masa kedua
diteruskan.
Minit ke-58, Alex dibawa masuk menggantikan
Azinee. Minit ke-59, bekas rakan sepasukan Alex menjaringkan gol penyamaan
Selangor. Kelalaian dan kesilapan posisi Farizal punca terhasilnya jaringan
dari direct free kick Hafiz Kamal. Inilah kemampuan bekas pemain pasukan ‘anak
jati’. Selangor nampak lebih yakin.
Kemampuan untuk menyerang
dipertingkatkan apabila Mahali dikeluarkan dan digantikan Nazrin. ‘Si Kucing’ Lucero
turut dikeluarkan digantikan ‘Super Sub’, Amirul Hadi.
Walaubagaimanapun, keputusan terus
kekal seri sehingga minit akhir perlawanan. Kedua-dua pasukan berkongsi satu
mata di dalam carta liga. Sedikit kecewa apabila gagal mendapat tiga mata penuh
di perlawanan pertama di tempat sendiri.
Kejuaraan Piala Sumbangsih diteruskan
dengan penentuan sepakan penalti. Bayangan kegagalan penalti kelayakan ACL yang
lalu masih segar di ingatan.
Semua budak rumah aku tiba-tiba sibuk
berkumpul di depan laptop. Tidak pasti
sama ada ingin bersama-sama merasa debaran sepakan penalti atau bersedia untuk meraikan
kegagalan JDT.
Jaringan semangat berjaya dijaringkan
Safiq Rahim untuk sepakan penalti pertama JDT.
Sepakan penalti pertama Selangor diambil
oleh import baharu mereka, Mauro Andres Olivi. Namun, Farizal tangkas menampan
bagaikan menebus hutang kealpaan membiarkan jaringan Hafiz Kamal sebentar tadi.
Penalti kedua JDT. Ah, Diaz pula buat
hal! Sepakan tersasar dan gagal menerjah gawang. Debaran kembali semula.
Kedudukan 1-1 setelah pemain Selangor,
Patrick Ronaldinho berjaya menjaringkan sepakan penalti kedua.
Sepakan penalti ketiga, kedua-dua pasukan
berjaya menjaringkan gol. Kedudukan seri 2-2.
Sepakan penalti keempat. 3-3.
Sepakan penalti kelima, keputusan masih
seri 4-4.
Sepakan penalti keenam, penentuan sudden death bermula. Harapan semakin
memuncak untuk memenangi piala pertama. Giliran bekas pemain pasukan ‘anak jati’,
Alex membuat sepakan yang padu. Kesudahannya, hanya menggegar palang. Ah, dasar
‘anak jati’!
Budak-budak rumah bersorak, tidak
pasti sama ada gembira atau kecewa. Ada yang menutup tangan di mulut, melindungi
senyuman sinis.
Seorang lagi bekas pemain pasukan ‘anak
jati’ yang kini bersama lawan JDT, Gopinathan mengambil sepakan penalti keenam
Selangor. Farizal berjaya save! Tanpa
segan silu, aku melompat puas hati bercampur gembira. Memang dasar ‘anak jati’!
Kedudukan semasa kekal 4-4 setelah
sepakan penalti keenam.
Sepakan penalti ketujuh, 5-5. Tekanan
memuncak. Bila nak habis penalti ni?!
Sepakan penalti kelapan, kedua-dua
pasukan masih tidak mahu mengalah. Kedudukan semasa 6-6.
Sepakan penalti kesembilan, penalti
paling panjang dalam sejarah hidup aku menonton bola sepak. Kunanlan tenang
menjaringkan gol. Kedudukan semasa 7-6.
Giliran pemain Selangor untuk
menyudahkan sepakan penalti kesembilan. Azrif Nasrulhaq diberikan kepercayaan,
pemain yang hajatnya tidak kesampaian untuk menyarung jersi JDT di musim 2016.
Sepakan
diambil.
Namun, kepercayaan tersebut gagal
dibalas dengan jaringan. Sepakan Azrif tersasar!
Seluruh pelusuk Johor bersorak
gembira. Mimpi menjadi realiti. JDT berjaya menjulang Piala Sumbangsih 2016.
Azrif mungkin tidak tidur lena
memikirkan makian kebencian diterimanya. Permulaan musim yang sukar buat
beliau.
Fyi, perlawanan ini memang penuh dengan
bekas pemain pasukan ‘anak jati’ termasuklah jurulatih baru Selangor juga bekas
jurulatih pasukan tersebut di musim lalu. Apalah nasib pasukan deme.
Piala
Sumbangsih 2016
Stadium
Tan Sri Dato' Hj Hassan Yunos, Larkin, Johor
15
Februari 2016
JDT [1]
– [1] Selangor
Penalti:
7 - 6
No comments:
Post a Comment
Kalau berani, kau komen.