Sejurus
jadual kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL) dikeluarkan, aku mencanang-canang
untuk menerjah bumi Bangkok bagi menonton aksi pertama JDT di musim 2016. JDT
dijadualkan bertemu Naib Juara Liga Perdana dan Naib Juara Piala FA Thailand musim
2015 untuk pusingan kedua kelayakan ACL di tempat lawan.
Setelah
meng-Google untuk mendapatkan maklumat
asas, aku dengan rasa teruja terus open
discussion di group Whatsapp
dengan mukadimah, “Jom ke Bangkok, Selasa, 2 Feb, JDT vs Muangthong United”.
Aku
berpendapat tarikh perlawanan tersebut memang sesuai untuk kami bersama-sama menjelajah
ke bumi Bangkok setelah beberapa rancangan trip berjalan-jalan sebelum ini
sekadar hangat-hangat tahi ayam. Isnin, 1 Februari merupakan cuti sempena Hari
Wilayah Persekutuan. Jadi, jumlah cuti bekerja boleh dikurangkan dan masa
bersuka-ria di Bangkok akan lebih lama jika perjalanan bermula pada hari Sabtu.
Sembang
punya sembang, ada seorang makhluk berpendapat dan dipersetujui yang lain, “Dari
ke Bangkok, baik pergi bakar-bakar ayam dekat Desaru ke Port Dickson ke”.
Jawapan
balas aku, “Dari pergi bakar ayam kat situ, baik aku bakar ayam dekat Pantai
Dalam ke Brickfields ke. Lagi banyak pilihan aku ada, ayam China, Talapia Thai,
kau sebut je”. Konklusinya, sekali lagi angan-angan tinggal kenangan.
Hari
perlawanan, dari pagi aku rasa punggung tak selesa sedangkan kerusi pejabat
yang sama aku duduk setiap hari. Sehari sebelum perlawanan, sudah tersebar ada
siaran langsung di siaran Fox Sport, jadi kemungkinan besar ada live streaming. Jam 7.30 malam, aku
sudah mencari-cari link live streaming
yang boleh dipercayai. Rupanya perlawanan bermula jam 8.30 malam. Sempat solat Maghrib
dan buat rencah nasi goreng lagi ni.
Perlawanan
bermula, tuan rumah dibarisi pemain yang namanya seakan-akan jamu seperti Peerapat,
Kawin, Chanathip dan Thitipan. Teerasil Dangda pemain sensasi Thailand
turut berada di dalam senarai pemain, namun atas faktor kecederaan beliau hanya
berperanan sebagai pemain gantian dan dimasukkan pada minit ke-106.
JDT
seperti biasa dibarisi majoriti muka-muka sama yang mengecapi kejayaan musim
lalu. Selain Diaz yang kembali semula bersama JDT, Azinee Taib sahaja yang
dilihat sebagai muka baru untuk starting
lineups.
Suara
pengulas perlawanan berbahasa siam tiba-tiba terpadam di minit ke-20. Maka,
membisu sahajalah sepanjang perlawanan. Nak complain
tak boleh, sebab live streaming
percuma. Bagi menghilangkan kesunyian, rencah nasi goreng yang tersedia mula
ditumbuk di dalam lesung batu. Bawang putih, bawang merah dan cili padi
ditumbuk bersilih ganti.
Permainan JDT nampak keras apabila 5 pemain di layangkan kad kuning kerana melakukan kekasaran. Namun, perlawanan nampak seimbang apabila kedua-dua pasukan sentiasa melakukan serangan. Sekurang-kurangnya wakil Malaysia tidak diayam-ayamkan.
Perlawanan
diheret ke masa tambahan setelah keputusan di masa penuh 90 minit berkesudahan
seri 0-0. Farizal Marlias dilihat seperti typical
pemain liga bola sepak Malaysia apabila mula melengah-lengahkan permainan
sepanjang masa tambahan. Mungkin strategi Mario Gomez untuk mengheret
perlawanan sehingga ke penentuan sepakan penalti. Menerusi video latihan yang di-upload Johor Southern Tigers (JST)
sebelum ini, terlihat pemain JDT menjalani latihan sepakan penalti seperti
sudah bersedia untuk menghadapi kemungkinan situasi ini. Malah beberapa pemain
dilihat gembira usai pengadil meniup wisel tamat masa tambahan untuk perlawanan
diheret ke penentuan penalti.
Nasi
goreng sudah sedia dijamah.
Sepakan
penalti pertama diambil oleh pemain import sensasi JDT, Jorge Pereyra Díaz. Namun
berjaya ditampan oleh Kawin, penjaga gawang tuan rumah. Harapan masih ada.
Peluang masih terbuka.
Pemain
import tuan rumah dengan wajah iras Cristiano Ronaldo tiada masalah untuk
menewaskan penjaga gawang JDT dengan sepakan ke sudut kanan. Berakhirlah kecemerlangan Farizal sepanjang 120 minit masa perlawanan.
Giliran pemain
import kedua JDT, Marcos Antonio untuk mengambil sepakan. Dengan tenang, sepakan diambil ke sudut kanan. Namun, turut berjaya dibaca dan ditepis Kawin. Kawin dan rakan-rakan nampak yakin untuk pulang gembira malam ini.
Penalti
kedua tuan rumah juga berjaya menerjah gawang.
Nasi goreng diletak tepi, pedas sangat.
Nasi goreng diletak tepi, pedas sangat.
Pemain
import kuota Asia JDT, Hariss Harun menggalas tanggungjawab mengembalikan
peluang. Sepakan diambil dan buat kali ketiga berturut-turut,
Kawin mudah menepis sepakan penalti pemain JDT.
Ketiga-tiga
pemain import JDT yang dikatakan digeruni jurulatih tuan rumah gagal menjaringkan sepakan
penalti.
Sepakan
penalti ketiga tuan rumah gagal ditepis Farizal menandakan gagalnya misi JDT
untuk beraksi di pentas ACL musim 2016.
Nasi
goreng dilemparkan semula ke dalam kuali, kicap di simbah, telur dipecahkan dan digaulkan bersama
nasi.
Ditakdirkan
aku gagal menjejakkan kaki ke Bangkok, mungkin untuk mengelakkan aku pulang
kecewa.
Kelayakan Pusingan Kedua, Liga Juara-Juara Asia (ACL)
Stadium Thunder Dome, Bangkok,
Thailand
2 Februari 2016
Muangthong United [0] – [0] JDT
Penalti: 3 - 0
Penalti: 3 - 0
No comments:
Post a Comment
Kalau berani, kau komen.