Bertemu T-Team atau Terengganu II di
tempat lawan, tiga hari selepas JDT berjaya menjulang Piala Sumbangsih. Page-page sukan di Facebook dijadikan
sandaran untuk mendapatkan live update.
Stadium jauh, perlawanan berlangsung semasa hari bekerja dan tiada siaran
langsung ditayangkan. Begitulah era awal penswastaan liga bola sepak Malaysia.
Meskipun pahit, begitulah kenyataan yang harus ditelan.
Bagi menebus kekecewaan ketiadaan live, JDT II dijadikan sandaran untuk
melampiaskan nafsu menonton aksi JDT di stadium. Kebetulan ‘si adik’
dijadualkan beraksi menentang Kuala Lumpur (KL) di Stadium Selayang sehari sebelum
‘si abang’ beraksi di Terengganu. Lupakan dahulu persoalan sejarah siapa adik
dan siapa abang. Anggap sahaja yang utama itu abang dan sandarannya sebagai
adik.
Sebelum ini, JDT II yang beraksi di
Liga Perdana memulakan langkah kiri apabila tewas 1-3 kepada DRB Hicom di
halaman sendiri.
Barisan pemain JDT II bukan calang-calang.
Diketuai Shahril Ishak yang juga merupakan ketua pasukan kebangsaan Singapura.
Diperkuatkan lagi oleh Baihakki Khaizan, penerima Anugerah Pertahanan Terbaik
FAM tahun 2013. Jentera tengah pula diterajui oleh Irfan Fazail, bekas ketua
pasukan Malaysia bawah-23 tahun. Tidak dilupa, Paulo Rangel, penyerang yang
tidak perlu diperkenalkan lagi dalam kancah liga bola sepak Malaysia. Selain
itu, nama-nama yang tidak asing seperti Al-Hafiz, Tuah Iskandar, Azwan Roya,
Zaquan Adha, Shafiq Shaharudin, Kamarul Afiq dan ramai lagi. Malah turut
diperkuatkan lagi dengan kehadiran ketua jurulatih baharu, Bemjamin Mora dari
Mexico.
Kejayaan si abang menjulang Piala
Sumbangsih sepatutnya menjadi sandaran untuk si adik memenangi perlawanan kedua
menentang KL. Namun, kesudahannya tidak seperti yang dijangka apabila tewas
pula 0-1 kepada budak KL.
Selepas kekalahan kedua tersebut,
barisan jurulatih segera memohon maaf atas prestasi semasa JDT II yang tidak seperti
yang diharapkan. Masalah penyudah di barisan hadapan sebagai punca utama
kegagalan di awal musim ini.
Sebagai
pemerhati amatur, aku tidak mampu membuat analisis taktikal secara terperinci.
Namun
berdasarkan persembahan menentang KL, penjaga gawang berjersi no.20, Fazli Paat
mencuri tumpuan apabila banyak melakukan mistake
budak sekolah. Selain tangkapan yang tidak kemas, sepakan yang tidak mengena
sehingga menyebabkan bola meleret ke arah gawang turut menjadi tumpuan seluruh penonton
yang hadir. Hal ini menimbulkan perasaan tidak yakin terhadap kemampuan beliau.
Selepas kejadian tersebut, pemain KL mula membuat banyak sepakan jarak jauh
bagaikan memperkotak-katikkan kewujudan penjaga gawang. Lebih menarik lagi,
kejayaan KL menghasilkan jaringan dari sepakan penalti adalah berpunca daripada
kekasaran yang dilakukan penjaga gawang sendiri.
Keserasian
pemain pertahanan juga boleh dipersoalkan terutamanya di antara Baihakki dan
Dominic Tan. Selain jentera tengah yang agak tenggelam, Rangel juga dilihat
tertekan dan seperti tidak mempercayai rakan sepasukan apabila banyak membuat
gerakan solo yang gagal walhal ada rakan yang sedia menunggu untuk membantu.
Walaubagaimanapun,
terdapat juga gerakan-gerakan menarik yang dilakukan dan menghasilkan beberapa
peluang. Namun, seperti yang diakui oleh barisan kejurulatihan, JDT II
menghadapi masalah penyudah yang tumpul.
Liga
baru bermula. Perjalanan masih jauh. Jadi, biarkan barisan profesional menjalankan
tugas.
Sebagai
penyokong, terus berikan sokongan kepada pasukan. Usah biarkan si adik
kesunyiaan di stadium. Situasi hampir sama yang berlaku terhadap pasukan T-Team
yang dianak tirikan penyokong Terengganu.
Dalam
pada itu, Alex si ‘anak jati’ berjaya menghasilkan gol. Manakala, Diaz menemui
sentuhan jaringan pertama di musim 2016. Farizal berjaya menyelamatkan sepakan penalti. Si abang berjaya membawa pulang tiga
mata dari Terengganu.
Liga Super 2016, Perlawanan Ke-2
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
16 Februari 2016
T-Team [0] – [2] JDT
No comments:
Post a Comment
Kalau berani, kau komen.