Thursday, 23 March 2017

2 Faktor TMJ Boleh Tewas Perebutan Jawatan Presiden FAM

2 Faktor TMJ Boleh Tewas Perebutan Jawatan Presiden FAM


Peminat bola sepak Malaysia semestinya sedia maklum berkenaan perebutan dua penjuru antara TMJ dan Annuar Musa bagi jawatan Presiden FAM pada Sabtu ini, 25 Mac 2017. Pemerhatian secara kasar, TMJ dilihat lebih dominan untuk memenangi perebutan tersebut kerana digemari majoriti penyokong bola sepak Malaysia dan disokong oleh 12 ahli gabungan yang merisik baginda di Istana Bukit Pelangi supaya baginda bertanding merebut jawatan Presiden FAM. Walaubagaimanapun, harapan tersebut kemungkinan tidak menjadi kenyataan sekiranya 2 faktor ini berlaku:

1.    Annuar Musa bermain politik dalaman
Orang-orang politik ni kita tidak boleh jangka tahap kemampuan mereka untuk mempengaruhi dan menarik hidung sesiapa sahaja untuk menyokong mereka. Sekiranya permainan politik Annuar Musa menjadi, tidak mustahil ada dikalangan 12 ahli gabungan yang menyatakan sokongan terhadap TMJ, membuat pusingan U menarik sokongan mereka.

2.    Ahli gabungan tidak mahu bekerja di bawah pengawasan TMJ
Di dalam manifesto TMJ, baginda merancang untuk menambah baik semua perkara berkaitan bola sepak, daripada segi pengurusan, fasiliti sehinggalah ke modul berkaitan bola sepak. TMJ juga bercadang untuk mengadakan mesyuarat Exco FAM di seluruh negeri secara bergilir. Seterusnya, mengambil kesempatan tersebut untuk bertemu penyokong dan memantau perkembangan setiap persatuan negeri. Hal ini secara tidak langsung memaksa persatuan negeri untuk bekerja secara efisien kerana pergerakan mereka di pantau. Di bawah pengawasan yang ketat oleh TMJ, orang-orang politik yang berdamping dengan persatuan negeri tidak boleh hidup bahagia. Perkara ini tidak akan berlaku sekiranya TMJ tidak menjadi Presiden FAM.

*Kemaskini: Annuar Musa telah mengisytiharkan untuk tarik diri daripada bertanding jawatan Presiden FAM pada 23 Mac 2017. Selamat maju jaya kepada TMJ dan selamat bekerja kepada ahli gabungan.

No comments:

Post a Comment

Kalau berani, kau komen.