Thursday, 12 March 2020

Cek jangkitan Novel Coronavirus (COVID-19) secara online

Sebagai negara yang memberikan perkhidmatan perubatan terbaik di dunia, Malaysia telah mengambil langkah proaktif bagi mencegah pandemik COVID-19 ini.

Satu website khas telah dibangunkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk orang awam membuat saringan secara online sama ada mempunyai risiko menghidapi jangkitan COVID-19.



Anda hanya perlu menjawab soalan-soalan yang ditanya berkaitan simptom-simptom awal jangkitan COVID-19.


Keputusan akan dikeluarkan serta-merta dan anda juga boleh melakukan konsultasi dengan doktor secara online.



Ini linknya: https://www.doctoroncall.com.my/coronavirus/how-to-find-out-if-i-have-coronavirus-online-test

Stay safe semuanya!

Monday, 9 March 2020

Trip Bajet 4H3M Dengan Kos RM380 Ke Medan, Indonesia

Hari 1 (Airport - Danau Toba)
Selepas mendarat di Kualanamu International Airport, kami terus melantak Ayam Penyet di Cindelaras. Tidak jauh dari Airport.



Kami memerlukan hampir 6 jam perjalanan menaiki van untuk ke Danau Toba dari Kota Medan. Sempat jugalah singgah di beberapa tempat seperti Paten untuk beli kekacang dan sudah pasti menghabiskan duit di Indomaret.


Pungkoq yang kematu kembali normal selepas dihidangkan dengan Lobster yang segar dan murah di Kedai Makan Muslim Pak Kumis, Parapat. Seekor RM10! Kami bedal sampai 10 ekor.


Isi dia heeeelok sangat!

Sebelum tidur di Danau Toba International Cottage, kami melantak lagi roti gandar. Fuh!

Tonton video penuh hari pertama di bawah:



Hari 2 (Danau Toba - Pulau Samosir - Bukit Simarjarunjung - Berastagi)

Hari ke-2 kami naik tongkang ke Pulau Samosir dan melawat perkampungan orang Batak. Pemandangan di Danau Toba ni memang 'magnificent' lah orang putih kata. Dekat Pulau Samosir pula, kalau kau gemuk, kau cantik. Sesuailah untuk kau yang mempunyai masalah kegemukan tidak terkawal.


Ni tongkang yang dikatakan itu

Makan tengah hari di Restoran Gumarang untuk pekena Nasi Padang sambil menyisip Teh Botol. Selepas itu, terus gerak ke Bukit Simarjarunjung. Sejuk juga atas bukit ni. Pemandangan dekat sini memang 'insta friendly'. Yang orang kayuh basikal atas awan, duduk dalam sarang burung bagai, dekat sinilah. Tetapi, awas! Ada harga yang perlu dibayar.


Sumber: sangbintang.com

Sambil makan jagung dalam van, kami ke Berastagi. Perjalanan ambil masa lebih kurang 4 jam untuk sampai dan check-in di Green Garden Hotel. Makan malam, kami melantak di Resto Puncak Berastagi. Hijasri masih melantak Lobster. Tak faham aku! Dia cari Lobster atas bukit.


Tonton video penuh hari ke-2 di bawah:



Hari 3 (Berastagi - Kota Medan)

Kami mulakan hari ke-3 dengan ke pasar buah di Berastagi. Kehadiran kami disahut dengan salakan anjing di kaki lima. Jangan terkejut kerana anjing comel yang diikat di dalam guni itu adalah untuk dijual. Antara aktiviti menarik yang boleh dibuat di sekitar pasar tersebut adalah menunggang kuda. Jangan risau ditipu kerana sudah terpampang tanda harga bagi setiap aktiviti berkuda. Harga serendah Rp 10,000 jika hanya ingin bergambar.


Sumber: gramho.com

Seterusnya kami menempuh beberapa jam untuk ke Kota Medan. Sesampai di Kota Medan, kami singgah minum petang di Markisa Noerlen dan 'shopping' di Kedai Batik/Telekung Wajir. Selepas itu, terus 'check-in' ke Hotel Madani Syariah. Seperti memahami selera kami, Pak Supir membawa kami makan malam di Wajir Seafood. Kami dengan bersahaja mentekedarah beberapa jenis masakan laut di sana.


Tonton video penuh hari ke-3 di bawah:



Hari 4 (Kota Medan - Airport)

Hari terakhir kami di Medan, kami mulakan dengan tonton Upin Ipin di hotel. Selepas itu, kami terus di bawa ke Rika Bika Ambon untuk membeli oleh-oleh berupa kek lapis. Bila dibelek 'wallet' kami dapati duit rupiah masih banyak lagi. Jadi kami habiskannya di satu lagi kedai batik yang di-'recommend' oleh Pak Supir kami. 'Highlight' untuk hari terakhir ini, kami bergaya ala Sultan di tempat wisata paling berdaulat dan baroqah yang ada di Kota Medan iaitu Istana Maimun.


Sumber: steemit

Akhir sekali, kami ke
Kualanamu International Airport untuk menempuh penerbangan yang 'panjang' dari Kota Medan ke Kuala Lumpur. 'Airport' ini menduduki tangga ke-5 sebagai airport tersibuk di Indonesia. Kemudahannya berkelas dunia kerana baru dibina pada tahun 2017.


Tonton video penuh hari ke-4 di bawah:



Kos Keseluruhan
Supir + Kenderaan + Hotel + Sarapan pagi + Tiket = RM380

Kami bayar je RM380 seorang dekat Pak Supir. Malas nak 'planing' bagai. Rezeki kami kerana dapat Pak Supir yang memahami dan fasih berbahasa Melayu Malaysia kerana beliau pernah merantau di Malaysia.

Nak nombor whatsapp Pak Supir tu ke?

Monday, 2 March 2020

INTIPATI PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI 2020: FAEDAH KEPADA SEKTOR PELANCONGAN

Kerajaan akan menyediakan inisiatif seperti berikut: 1. Pelepasan cukai individu sehingga RM1,000 untuk perbelanjaan pelancongan domestik; 2. Rakyat Malaysia diberi baucer digital bagi pelancongan domestik sehingga RM100 seorang untuk penerbangan domestik, keretapi dan penginapan di hotel berlesen. Di samping itu, Kerajaan juga akan menyediakan geran padanan untuk mempromosi pelancongan. Peruntukan sebanyak RM500 juta disediakan untuk langkah ini; dan 3. Melonggarkan arahan untuk mengehadkan penggunaan hotel oleh agensi kerajaan.


Monday, 24 February 2020

Jangan Datang Saloma Bridge Tengah Malam!

Ya, benar! Jangan datang Saloma Bridge pada tengah malam.

Aku dah alaminya dan aku tak nak anda semua turut mengalaminya. Bukan sahaja ia akan merugikan tetapi turut menyeramkan.

Sumber: sevenpie.com

Saloma Bridge atau dalam bahasa kebangsaannya adalah Pintasan Saloma merupakan jejantas yang menghubungkan Lorong Raja Musa 3 dan Lorong Saloma merentasi Ampang-Kuala Lumpur Elevated Highway (AKLEH).

Reka bentuk dengan kos RM31 juta ini diinspirasikan daripada Sirih Junjung yang sinonim dengan adat perkahwinan bangsa Melayu.

Aku jangkakan bila datang pada hari bekerja, lebih tepat lagi pada hari Rabu jam 10 malam, tidak akan banyak orang. Jangkaan meleset kerana orang tetap banyak walaupun jam sudah menghampiri 12 tengah malam dan esok hari bekerja.

Banyaknya orang sama banyaknya dengan jumlah kubur yang terletak-letak betul-betul di sebelah Saloma Bridge tu.

Ya, tuan-tuan. Saloma Bridge yang berwarna-warni itu dibina di sebelah Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang.

Sumber: Google Maps

Tepat jam 12 tengah malam sewaktu aku asyik ber-posing mengambil gambar. Tup! Lampu Saloma Bridge yang berwarna-warni tu terpadam.

Aah, sudah!

Aku toleh kiri kanan atas bawah bagi memastikan orang disekeliling aku benar-benar orang.

Memang sah! Lampu Saloma Bridge akan ditutup tepat jam 12 tengah malam. Barangkali untuk menjimatkan elektrik dan mengelakkan orang masih berpeleseran dan membuang masa di situ.

Mungkin juga bagi menghormati Tanah Perkuburan Islam yang ada di sebelahnya.

Pendek cerita, anda berhati-hati dan beringat-ringatlah.

Monday, 17 February 2020

Cara Update Instagram di PC/Laptop/Desktop

1. Search laman web https://www.instagram.com/ dan log in seperti biasa.


2. Klik 3-dot menu di sebelah kiri atas.

3. Pilih More tools.

4. Pilih Developer tools.


5. Pilih paparan smartphone yang diinginkan.


6. Klik refresh page dan pastikan paparan menu Instagram muncul.

7. Kini anda boleh menggunakan Instagram, seperti biasa anda gunakannya di smartphone.


8. Jangan lupa follow Instagram @khairuddin.ah