Selepas mendarat di Kualanamu International Airport, kami terus melantak Ayam Penyet di Cindelaras. Tidak jauh dari Airport.
Kami memerlukan hampir 6 jam perjalanan menaiki van untuk ke Danau Toba dari Kota Medan. Sempat jugalah singgah di beberapa tempat seperti Paten untuk beli kekacang dan sudah pasti menghabiskan duit di Indomaret.
Pungkoq yang kematu kembali normal selepas dihidangkan dengan Lobster yang segar dan murah di Kedai Makan Muslim Pak Kumis, Parapat. Seekor RM10! Kami bedal sampai 10 ekor.
Isi dia heeeelok sangat! |
Sebelum tidur di Danau Toba International Cottage, kami melantak lagi roti gandar. Fuh!
Tonton video penuh hari pertama di bawah:
Hari 2 (Danau Toba - Pulau Samosir - Bukit Simarjarunjung - Berastagi)
Hari ke-2 kami naik tongkang ke Pulau Samosir dan melawat perkampungan orang Batak. Pemandangan di Danau Toba ni memang 'magnificent' lah orang putih kata. Dekat Pulau Samosir pula, kalau kau gemuk, kau cantik. Sesuailah untuk kau yang mempunyai masalah kegemukan tidak terkawal.
Ni tongkang yang dikatakan itu |
Makan tengah hari di Restoran Gumarang untuk pekena Nasi Padang sambil menyisip Teh Botol. Selepas itu, terus gerak ke Bukit Simarjarunjung. Sejuk juga atas bukit ni. Pemandangan dekat sini memang 'insta friendly'. Yang orang kayuh basikal atas awan, duduk dalam sarang burung bagai, dekat sinilah. Tetapi, awas! Ada harga yang perlu dibayar.
Sumber: sangbintang.com |
Sambil makan jagung dalam van, kami ke Berastagi. Perjalanan ambil masa lebih kurang 4 jam untuk sampai dan check-in di Green Garden Hotel. Makan malam, kami melantak di Resto Puncak Berastagi. Hijasri masih melantak Lobster. Tak faham aku! Dia cari Lobster atas bukit.
Tonton video penuh hari ke-2 di bawah:
Hari 3 (Berastagi - Kota Medan)
Kami mulakan hari ke-3 dengan ke pasar buah di Berastagi. Kehadiran kami disahut dengan salakan anjing di kaki lima. Jangan terkejut kerana anjing comel yang diikat di dalam guni itu adalah untuk dijual. Antara aktiviti menarik yang boleh dibuat di sekitar pasar tersebut adalah menunggang kuda. Jangan risau ditipu kerana sudah terpampang tanda harga bagi setiap aktiviti berkuda. Harga serendah Rp 10,000 jika hanya ingin bergambar.
Sumber: gramho.com |
Seterusnya kami menempuh beberapa jam untuk ke Kota Medan. Sesampai di Kota Medan, kami singgah minum petang di Markisa Noerlen dan 'shopping' di Kedai Batik/Telekung Wajir. Selepas itu, terus 'check-in' ke Hotel Madani Syariah. Seperti memahami selera kami, Pak Supir membawa kami makan malam di Wajir Seafood. Kami dengan bersahaja mentekedarah beberapa jenis masakan laut di sana.
Tonton video penuh hari ke-3 di bawah:
Hari 4 (Kota Medan - Airport)
Hari terakhir kami di Medan, kami mulakan dengan tonton Upin Ipin di hotel. Selepas itu, kami terus di bawa ke Rika Bika Ambon untuk membeli oleh-oleh berupa kek lapis. Bila dibelek 'wallet' kami dapati duit rupiah masih banyak lagi. Jadi kami habiskannya di satu lagi kedai batik yang di-'recommend' oleh Pak Supir kami. 'Highlight' untuk hari terakhir ini, kami bergaya ala Sultan di tempat wisata paling berdaulat dan baroqah yang ada di Kota Medan iaitu Istana Maimun.
Sumber: steemit |
Akhir sekali, kami ke Kualanamu International Airport untuk menempuh penerbangan yang 'panjang' dari Kota Medan ke Kuala Lumpur. 'Airport' ini menduduki tangga ke-5 sebagai airport tersibuk di Indonesia. Kemudahannya berkelas dunia kerana baru dibina pada tahun 2017.
Tonton video penuh hari ke-4 di bawah:
Kos Keseluruhan
Supir + Kenderaan + Hotel + Sarapan pagi + Tiket = RM380
Kami bayar je RM380 seorang dekat Pak Supir. Malas nak 'planing' bagai. Rezeki kami kerana dapat Pak Supir yang memahami dan fasih berbahasa Melayu Malaysia kerana beliau pernah merantau di Malaysia.
Nak nombor whatsapp Pak Supir tu ke?
No comments:
Post a Comment
Kalau berani, kau komen.