Kau yang nak beribadah di dalam surau, masjid atau ruang solat janganlah banyak bercakap dalam kawasan tersebut. Hatta, on phone untuk lihat mesej masuk apatah lagi skrol Facebook dan Instagram turut tidak digalakkan.
Bila kau bising, bukan sahaja mengganggu jemaah lain. Malah, merugikan masa kau semasa berada dalam rumah ibadah tersebut. Kau masuk rumah ibadah pun 10 minit sehari. Apalah salah kau fokus 10 minit tersebut untuk beribadah, minit yang selebihnya kau bertebaranlah di muka bumi Tuhan ini. Berborak dan skrollah phone kau sampai meninggal.
Mungkin aku berat sebelah dalam memberi pandangan. Namun, aku dapati golongan wanita cenderung untuk berkata-kata di dalam rumah ibadah. Mungkin tempoh masa mereka berada di dalam rumah ibadah tersebut lebih lama daripada lelaki membuatkan mereka cenderung untuk beramah mesra sesama mereka. Sambil membuka tudung, memakai telekung, membuka telekung, memakai tudung dan memperbetulkan make up. Masa-masa senggang tersebut digunakan sebaik mungkin untuk berkata-kata. Berbeza dengan lelaki yang habis kuat pun, sikat rambut di cermin yang disediakan.
Apa pandangan kau seorang perempuan?
No comments:
Post a Comment
Kalau berani, kau komen.