Mental dan masam aku gunakan sekadar gambaran pemikiran aku. Adakalanya aku rasa seperti berfikir bagaikan manusia normal dan adakalanya aku bagaikan berangan-angan sahaja. Melalui wacana ini, aku berharap agar mampu mengasah akal fikiran aku supaya berfikir secara kreatif dan kritis. Berfikir jauh daripada menyentuh sensitiviti agama, bangsa, politik dan sesiapa.
Seperti bait-bait lagu dendangan Ramli Sarip, aku menulis bukan untuk mengejar populariti mahupun bersengketa dengan sesiapa. Aku menulis sekadar untuk menyampaikan apa yang difikirkan dan berkongsi pendapat untuk dibahaskan secara berhemah. Apa guna kau memaki hamun andai berbeza pendapat kerana kita sama semuanya sama. Apa yang ada hanyalah kehidupan.
Aku hanyalah budak baru belajar. Baru belajar mengenal apa itu ABC, 123 dan Alif Ba Ta. Aku tidaklah mampu menggunakan bahasa-bahasa akademik berintelektual tinggi mahupun bahasa-bahasa sastera yang puitis. Aku menulis berdasarkan tahap kemampuan aku. Mungkin ada salah silap di mana-mana. Seandainya terdapat kesilapan, mohon diperbetulkan sebagai pengajaran kita bersama.
Semoga bermanfaat untuk semua.
No comments:
Post a Comment
Kalau berani, kau komen.