Pelik dan hairan apakah sebabnya wanita suka berpakaian menjolok mata?
Adakah
keselesaan sebabnya? Adakah selesa memakai skirt pendek di atas paras lutut,
tshirt atau kemeja putih menampakkan barang-barang di dalam baju? Adakah untuk
memudahkan pengedaraan udara melalui rongga-rongga badan?Maklumlah, di
Malaysiakan panas.
Adakah ingin
mengikuti arus fesyen semasa sebabnya? Wanita lain ramai memakainya, kitapun
turut ingin memilikinya. Kalau tidak, dikutuklah sebagai ketinggalan zaman.
Adakah untuk
peragaan? Suka diri diperhatikan oleh orang ramai. Tidak kira tua, muda, lelaki
mahupun perempuan. Malangnya, apabila sang lelaki melirik manja menjamah
peragaan tersebut, dikatanya lelaki tersebut miang atau bahasa orang putihnya,
pervert.
No comments:
Post a Comment
Kalau berani, kau komen.