Penulis
menyampaikan hujahnya dalam bentuk tulisan. Dicoretnya di atas kertas untuk
dibaca. Ditaipnya di media sosial untuk memberikan pendapat yang sentiasa betul
berdasarkan benak pemikiran mereka. Bila dibangkang, dihujahkannya kembali
dalam bentuk tulisan. Kadang-kadang, boleh putus saudara bila hujahnya tidak
sekepala. Tetapi bila bersemuka, diminta berkata-kata, diam seribu bahasa.
Lutut ketar tidak terkata. Hujahnya dipendam disimpannya dendam. Diluahkan semula dalam bentuk tulisan. Tulisan yang memaparkan kata-kata, tidak wajah penulisnya.
Politikus
menyampaikan hujahnya melalui kata-kata. Bila mendengar, bukan main hebat
hujahnya, bukan main hebat ucapannya. Kita bersama berganding bahu membina
menara. Pembesar suara bergetar-getar bergegar dengan auranya. Orang ramai
bertepuk tangan bersorak tanda menyokong. Tetapinya, hujahnya dirangka oleh
setiausaha. Laporannya ditulis oleh pegawai-pegawai mereka. Politikus sekadar
menyampaikan sahaja. Pelaksanaanya?Kadang ada, kadang tiada.
No comments:
Post a Comment
Kalau berani, kau komen.