Tuesday, 17 February 2015

Islam Bila "Exam"

Aku perhatikan hal ini bagaikan sudah menjadi satu budaya di kalangan orang Melayu Islam. "Islam bila exam". Istilah yang pernah disebut oleh guruku pada satu masa dahulu. Agak makan dalam tetapi, terus membuatkan aku terfikir ada betulnya kata guruku itu. Mana tidaknya, apabila tiba musim peperiksaan barulah masing-masing sebuk mengamalkan pelbagai ibadah yang sebelum ini rutin ibadah wajibpun sering diabaikan:

1. Solat sunat hajat
Solat sunat paling popular dan sering diamalkan ketika musim peperiksaan. Memohon keputusan cemerlang. Sujud bukan main lama. Lagi banyak subjek diambil lagi lama sujudnya. Selain waktu peperiksaan, rukun wajib solat fardhu lima waktu pun tidak dilaksanakan.

2. Puasa sunat
Seminggu peperiksaan, seminggu berturut-turut puasa sunat. Jika peperiksaan lamanya sebulan, insyaAllah boleh kurus dengan diet yang sihat. Kebanyakkannya puasa sunat dengan niat supaya dipermudahkan ketika menjawab kertas peperiksaan. Ditenangkan hati, jiwa dan raga. Memang tiada salahnya tetapi, memang sengaja aku mempersoalkannya. Kenapa perlu semasa peperiksaan baru ingin melakukan puasa sunat. Adakah tidak perlu hati yang tenang ketika waktu-waktu biasa?

Kau harus sedar yang amalan-amalan di atas bukan istimewa untuk masa-masa tertentu sahaja. Bukan juga pada masa susah sahaja baru kau hendak ingat Tuhan. Semasa peperiksaan bukanlah masa untuk memperbetulkan akidah, menguatkan iman sebagainya kerana perkara-perkara tersebut perlulah sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa hingga kau meninggal. Sama-sama memperbaiki diri kurniaan Ilahi.

2 comments:

  1. amboiii... blog baru ang? keep it up buddy

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup bro. long life Zul Fattah!

      Delete

Kalau berani, kau komen.