Thursday, 29 October 2015

Kau Ingat Perempuan Je Ada Perasaan?

Aku tak pastilah ini masalah diskriminasi atau apa. Namun bila berbicara soal hak dan kesamarataan lelaki dan perempuan, perempuan sering dilabel sebagai golongan tertindas dan lelaki golongan yang menindas. Bila berbicara soal hati dan perasaan, lelaki dipersalahkan kerana tidak memahami hati perempuan manakala perempuan dimaafkan kerana mempunyai hati yang lembut. Bila berbicara soal keselamatan, perempuan perlu dilindungi manakala lelaki mampu untuk melindungi diri sendiri.

Kau perempuan patut sedar yang lelaki juga manusia biasa. Lelaki juga ada hati dan perasaan. Lelaki juga ada kelemahan. Kalau kau nak seorang lelaki yang memahami, kau perlulah jadi perempuan yang memahami. Kalau kau nak lelaki menghargai kau, kau juga perlu menghargai lelaki. 

Kau jangan nak mempergunakan alasan emosi perempuan ada banyak ragam dan perempuan sendiri tidak memahami emosi sendiri. Kau sepatutnya berusaha kawal diri sendiri bukan memberontak sesuka hati. Kau juga sepatutnya belajar memahami hati dan perasaan orang lain bukan sahaja mementingkan hati kau sendiri. Pendek kata, lelaki dan perempuan sama manusia.

No comments:

Post a Comment

Kalau berani, kau komen.