Kau perlu faham yang Kelab Bola Sepak Johor Darul Takzim (JDT) yang ditransformasikan oleh Tengku Mahkota Johor (TMJ) merupakan gabungan persatuan bola sepak negeri Johor (Johor FA) dan Kelab Bola Sepak Johor (Johor FC).
Difahamkan pada awal permulaan transformasi ini, terdapat golongan yang menentang idea untuk menggabungkan kedua-dua persatuan bola sepak ini atas dasar perbezaan identiti. Namun atas kuasa dan visi TMJ, kedua-dua persatuan digabungkan menjadi JDT dengan matlamat untuk menyatukan rakyat Johor melalui satu kelab bola sepak. Maka, asas Johor FC ditransformasi menjadi JDT manakala asas Johor FA ditransformasi menjadi JDT II.
Seperti yang kau lihat sekarang, imej dan identiti Johor FA dikekalkan dan Johor FC dikuburkan. Merah biru yang merupakan warna asas bendera Johor dan warna identiti Johor FA digunakan. Manakala, warna oren dan gelaran Sang Lebah yang sinonim dengan Johor FC dipadamkan. Walaubagaimanapun, sejarah kedua-dua persatuan masih dikekalkan dan digabungkan.
Memang tidak dinafikan transformasi yang dilakukan oleh TMJ mempunyai matlamat dan visi yang bermanfaat untuk bola sepak negeri Johor. Namun, sadis dengan penghapusan secara total identiti Johor FC. Harapan untuk melihat Johor Derby, perlawanan di antara merah biru dengan oren tidak kesampaian.
Namun, aku percaya masih ada segelintir peminat yang berjiwa teguh melihat JDT sebagai Johor FC dan JDT II sebagai Johor FA. Sengat lebah sengat!
No comments:
Post a Comment
Kalau berani, kau komen.