Monday, 12 October 2015

Pemimpin Golongan Pemikir

Selama hidup aku yang dilahirkan pada zaman 90-an ini, aku berpeluang untuk berada di tiga era kepimpinan berbeza. Dr. Mahathir, Pak Lah dan yang terkini DS Najib. Secara kasarnya aku merasakan pemimpin yang mencintai ilmu lebih berjaya daripada pemimpin yang hanya mengabdikan diri dalam arena politik semata-mata.

Lihat sahaja bagaimana Dr. Mahathir memodenkan negara dengan dasar-dasar dan idea-ideanya yang kontroversi tetapi akhirnya dihargai sehingga kini. Sebut sahaja "Dasar Pandang ke Timur", "Wawasan 2020" dan projek pembinaan Putrajaya, KLCC, KLIA, pasti sahaja rakyat Malaysia malah seluruh dunia mengetahui bahawa itu hasil daripada cetusan idea Mantan Perdana Menteri keempat itu. Penghasilan tulisan-tulisan ilmiah oleh beliau menunjukkan bertapa beliau seorang pemikir ilmu. Kata-kata yang diucap beliau penuh makna dan informasi.

Sekarang, kau bandingkan dengan Perdana Menteri kau yang belajar ke luar negara sebab lahir dari keluarga bangsawan. Ucapan bergegar-gegar, hasilnya kau nilailah sendiri.

No comments:

Post a Comment

Kalau berani, kau komen.