Wednesday, 9 September 2015

Persamaan Perilaku Ultras Malaya dan Bersih 4.0

Sempena tindakan Ultras Malaya yang membuat onar di Stadium Shah Alam sempena perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 Malaysia menentang Arab Saudi.

Secara peribadi aku merasakan tindakan Ultras Malaya (UM) yang melakukan protes terhadap FAM adalah sama seperti gerakan Bersih 4.0 yang ingin menjatuhkan kerajaan.

Tindakannya sama, melakukan protes besar-besaran supaya mendapatan liputan media dalam dan luar negara. Membuka mata seluruh dunia bertapa tidak berfungsinya pihak atasan yang berkuasa di Malaysia.

Matlamat umumnya sama, untuk menjatuhkan pihak atasan yang berkuasa. Matlamat khususnya, UM ingin menjatuhkan FAM sebagai badan yang mengurus bola sepak Malaysia selama 31 tahun dan dikatakan semakin mundur seiring dengan usianya. Matlamat khusus Bersih 4.0 pula supaya kerajaan serta Perdana Menteri Malaysia sedia ada di rombak dan dijatuhkan oleh kerana ketidakyakinan terhadap kemampuan kepimpinan menteri-menteri bijaksana ini.

Lumrah pihak atasan di Malaysia, mereka kuat mentalnya walau di uji dengan pelbagai cabaran. Mereka juga beranggapan orang luar tidak mengetahui apa-apa kerana mereka yang berada di dalam lebih mengetahui situasi sebenar yang terjadi. Hal ini membuatkan mereka menjadi bebal otaknya dan kebal telinganya daripada saranan-saranan orang yang cintakan institusi yang mereka ditugaskan untuk menguruskannya.

No comments:

Post a Comment

Kalau berani, kau komen.