Tuesday, 21 July 2015

Dilema Pengundi Melayu

Sebenarnya orang Melayu dilema untuk mempertahankan pemerintahan Melayu di Malaysia. Melayu menyokong UMNO atas dasar perjuangan Melayunya. Ketepikan dahulu soal UMNO benar-benar bertangunggjawab atau tidak dengan perjuangan Melayu tersebut. Pergolakan yang sering berlaku di dalam parti UMNO terpaksa ditutup sebelah mata oleh penyokongnya kerana inilah satu-satunya parti yang masih memperjuangkan hak-hak orang Melayu.

Parti yang mempunyai persamaan dengan UMNO yang wujud di Malaysia ialah PAS. Persamaan ini adalah dari seri keanggotaannya yang terdiri daripada kalangan orang Melayu. Namun, berbeza perjuangannya di mana PAS dikatakan memperjuangkan hal-ehwal Islam lebih daripada UMNO. Walaubagaimanapun, PAS masih dilihat sebagai parti pilihan kedua yang dipilih orang Melayu untuk memperjuangkan hak-hak orang Melayu.

Jika di atas kertas mengundi, calon yang dikemukan oleh BN adalah bukan orang Melayu, pengundi Melayu cenderung untuk memilih calon yang berbangsa Melayu yang mungkin mewakili parti politik lain. Namun jika semua calon bukan dari kalangan Melayu, pengundi Melayu cenderung untuk mengundi BN kerana terdapat parti komponen UMNO di dalam BN. 

Begitulah realiti kasar bertapa terdesaknya orang Melayu ingin mempertahankan pemerintahan Melayu.

No comments:

Post a Comment

Kalau berani, kau komen.