Aku melihat dua wanita yang bergaduh dan bertumbuk kerana berebut seorang lelaki sebagai suatu petanda yang kiamat itu semakin hampir apabila golongan wanita melebihi golongan lelaki.
Aku merasakan dua wanita yang merebut seorang lelaki itu bukanlah semata-mata ingin memiliki lelaki tersebut. Perjuangan tersebut hanyalah kerana maruah. Maruah menjaga air muka dan harga diri.
Siapa betul, siapa salah, bukan persoalannya. Mereka berjuang atas dasar berani kerana benar, takut kerana salah. Seringkali orang yang menang dianggap benar manakala, yang kalah dianggap salah.
Aku yakin dan pasti wanita yang menang perebutan itu tidak akan menyambung hubungan dengan lelaki yang direbuti melainkan terdapat kepentingan lain seperti lelaki tersebut kaya atau wanita tersebut sudah berbadan dua.
No comments:
Post a Comment
Kalau berani, kau komen.