Sejarah merupakan memori yang direkod. Rekod boleh hadir dalam bentuk penulisan, digital atau ingatan dari penyampaian mulut ke mulut. Jika dahulunya bewarna biru, birulah sejarahnya. Jika dahulunya berasal dari tanah, tanah la sejarahnya.
Kau boleh mencipta sejarah baru untuk dikenang. Tetapi, kau tidak boleh menukar sejarah kerana sejarah tetap sejarah. Kau juga tidak boleh memaksa sejarah menjadi seperti sejarah yang kau mahu. Kerana ramai lagi yang mengenang sejarah yang sama. Melainkan kau mampu membuat manusia seluruh dunia hilang ingatan berkenaan sejarah itu.
Andai kata kau tetap dengan kemahuan untuk memaksa sejarah menjadi seperti yang kau mahu, akan muncul golongan manusia yang menyokong dan tidak menyokong kau. Golongan yang menyokong akan mengadaptasi segala perubahan yang kau lakukan. Bergantung kepada bagaimana pelaksanaan yang kau akan lakukan dan status kau sebagai seorang manusia. Golongan yang tidak menyokong boleh bertindak menentang kau.
Sejarah bukan untuk dikenang semata-mata. Sejarah perlu diulang cipta dengan pelbagai penambahbaikan.
No comments:
Post a Comment
Kalau berani, kau komen.