Monday, 16 March 2015

Memaki Atlet, Memaki Pekerja

Atlet ataupun penggiat sukan merupakan satu pekerjaan apabila dilakukan secara profesional. Profesional di sini bermaksud atlet tersebut menanda tangan apa-apa kontrak di bawah mana-mana badan sukan berdaftar yang mengkehendaki atlet tersebut berkorban jiwa dan raga dengan sukan yang diceburi.

Sinonim dengan pekerja mahupun staf di mana-mana syarikat, badan berkanun, badan kerajaan yang memperoleh gaji setiap hujung atau awal bulan hasil daripada pekerjaan yang dilakukan. Punca rezeki seseorang atlet adalah melalui kerahan tenaga mereka melalui latihan dan pertandingan di pentas sukan.

Sebagai seorang penonton yang membeli tiket untuk menyaksikan atlet mengerah tenaga, bertanding di atas padang diumpakan sebagai pihak berkepentingan atau stakeholder yang memantau aktiviti pekerja syarikatnya bekerja dan memantau operasi syarikat tersebut.

Memaki hamun dengan melemparkan pelbagai kata keji ketika atlet melakukan kesilapan umpama stakeholder memarahi pekerja syarikat yang melakukan kesilapan. 

Oleh itu, jika kau membeli tiket ke stadium dan memaki hamun Messi mahupun Ronaldo kerana prestasi mereka yang tidak memuaskan ataupun mengkeji pengadil kayu di depan khalayak ramai umpama kau juga rela diri kau dimaki oleh bos mahupun rakan sekerja kau di tempat kerja apabila kau melakukan kesilapan.

Itu pun kalau kau seorang pekerja. Kalau kau seorang penganggur, itu lain ceritanya.

2 comments:

  1. wooww.. not bad.. hehe.. aku la yg slalu memaki hamun tu.. huhu

    ReplyDelete

Kalau berani, kau komen.